Kenyataan Media

Jihad Inflasi : Peranan Penguat Kuasa

149

17 Julai 2022 – Peranan Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai salah satu jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini ialah dengan melaksanakan OPS ATM (Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak) berkaitan tindakan kawal seliaan bekalan ayam, telur ayam dan minyak masak secara harian di setiap peringkat rantaian bagi memastikan keberadaan bekalan adalah stabil dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan dan keperluan harian di pasaran selaras dengan Kempen Anti Sorok yang dilancarkan pada awal tahun ini.

“OPS ATM ini juga bertujuan memastikan harga barang yang dijual bermula 1 Julai 2022 adalah berpatutan dan bagi mengekang peniaga yang tidak beretika daripada mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara tidak munasabah.

Selain itu juga, KPDNHEP dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk menggerakkan belia sebagai sukarelawan di lapangan untuk memantau sebarang eksploitasi kenaikan atau lonjakan harga barangan di pasaran. ” kata KPDNHEP menerusi satu catatan di Facebook rasminya.

Jelas KPDNHEP, hasil/maklumat pemantauan ini akan dilaporkan terus kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNHEP.

Berhubung isu keberadaan bekalan, KPDNHEP menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961. Tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta ini dilakukan dengan tegas oleh KPDNHEP bagi memastikan isu bekalan termasuklah penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan/bersubsidi dapat diatasi/dibendung secara konsisten dan holistik. Selain itu juga, bagi memastikan isu harga barang dapat ditangani dengan tegas secara perundangan, KPDNHEP menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi membuktikan kerajaan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dalam menyelesaikan isu rakyat yang kian mendesak. Penubuhan pasukan ini adalah satu pendekatan rentas kementerian yang holistik dirumuskan kerajaan dan memastikan rakyat memahami situasi yang sedang melanda negara.” ujar KPDNHEP.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...