Belia & My LNAPengguna @ My LNA

Tinjauan Harga Barang Keperluan KBS Bersama KPDNHEP

97

Pada 13 Julai 2022 di Alamanda  Putrajaya,  Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, telah membuat kenyataan berhubung kerjasama pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dalam usaha mengadakan tinjauan harga barang.bagi membantu mencapai matlamat dan agenda nasional.

Beliau menjelaskan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN bersama MBM dipertanggungjawabkan untuk memobilisasi sukarelawan ke peringkat akar umbi dan membantu pihak KPDNHEP dalam membanteras sikap penjual yang tidak mematuhi arahan dan peraturan yang digariskan oleh pihak kerajaan dengan bertindak melapor trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan, menyebarkan maklumat kepada para pengguna mengenai isu-isu kepenggunaan atau memudahcara program dan aktiviti kepenggunaan di kawasan komuniti setempat.

“Objektif inisiatif sukarelawan ini adalah bagi:

  • Memastikan harga barangan serta perkhidmatan dapat dikawal serta tidak dieksploitasi oleh pengeluar serta peniaga;
  • Memperkasa komuniti melalui penyebaran maklumat kepenggunaan oleh sukarelawan kepada komuniti setempat di seluruh negara;
  • Melahirkan belia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi bagi membangunkan negara; dan
  • Merealisasikan matlamat Kerajaan bagi mencapai objektif menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan mengekalkan kestabilan ekonomi yang akan menjamin keamanan serta kesejahteraan rakyat.

“Kementerian menyasarkan sejumlah 10 orang sukarelawan di setiap daerah melibatkan 124 daerah. Seramai 1,240 orang sukarelawan akan digerakkan menerusi 124 Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan di semua peringkat seluruh negara.

“Sukarelawan boleh melaporkan kesalahan peniaga melalui talian hotline yang disediakan diportal/laman web KPDNHEP sekiranya terdapat keraguan yang munasabah terhadap kenaikan barang di pasaran. Laporan atau aduan tersebut boleh dilakukan dengan memuat naik aplikasi Ez ADU KPDNHEP atau whatsapp terus di talian 019-8488000 atau 019-2794317 untuk tindakan selanjutnya,” ujar Ahmad Faizal.

Seterusnya kata beliau, KBS bersama KPDNHEP juga akan mengadakan webinar untuk menerapkan kesedaran terutamanya kepada belia akan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna yang bijak. Melalui inisiatif ini, sumbangan belia kepada masyarakat dapat diterjemahkan melalui khidmat masyarakat yang dilaksanakan bagi membantu menyampaikan maklumat kepada komuniti setempat di seluruh negara. Disamping itu, khidmat golongan belia dalam menyalurkan maklumat berkenaan ketidakpatuhan pengeluar serta peniaga terhadap peraturan dan undang-undang dapat membantu pihak Kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barangan serta perkhidmatan di pasaran.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member