Niaga @ My LNA

MRCA lancar MIRF 2022 bertemakan “mulakan semula: runcit dan francais”

229

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2022 – Pameran Peruncitan dan Francais Antarabangsa Malaysia (MIRF) 2022, yang merupakan antara pameran yang terbesar seumpanya, membuka pintu kepada pengunjung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Zamri Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi), Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), bagi pihak Menteri YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, ekspo 3 hari anjuran Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) ini akan memberi fokus kepada tema “Mulakan Semula : Peruncitan & Francais”, menampilkan tiga dewan bersaiz lebih 22,000-meter persegi ruang lantai dengan penyertaan lebih 400 gerai pameran yang meliputi segenap lapisan industri runcit dan francais. Beberapa jenama runcit dan francais terkemuka yang menyertai ekspo tahun ini adalah termasuk Marrybrown, Bask Bear Coffee, Ah Cheng Laksa, Vanilla Crepe, Laundrybar dan banyak lagi.

MRCA optimistik bahawa ia boleh mengulangi kejayaan edisi lalu pada tahun 2019 yang telah berjaya menarik 350 gerai dan telah menjalankan transaksi urusniaga bernilai lebih RM80 juta dalam hasil perniagaan, di mana penganjur mensasarkan peningkatan angka tersebut kepada sehingga 10 hingga 12 peratus tahun ini.

Acara ini juga menampilkan syarikat asing dari lebih 10 negara, termasuk Korea Selatan, Singapura, Taiwan, India, Pakistan, Jepun, Cyprus dan Filipina, serta menyediakan satu bahagian khusus bagi mempromosikan produk Halal dalam usaha menyediakan platform untuk pemadanan perniagaan yang berkualiti.

Ini menandakan MIRF sebagai platform pertumbuhan untuk perniagaan runcit dan francais bukan sahaja bertumpu kepada perkembangan dari segi hasil tetapi juga dalam membentuk dan membina semula model perniagaan serta strategi inovasi baru selepas tempoh pandemik yang lalu.

YBhg. Datuk Haji Zamri Bin Salleh dalam ucapannya bagi pihak Menteri menyebut, “Selain menetapkan sasaran untuk industri francais menyumbang 9.4% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang tahun 2022, kerajaan juga merancang untuk mewujudkan 18,000 peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2025.”

“Ini selaras dengan komitmen teguh dalam membangunkan lebih ramai usahawan khususnya di dalam bidang francais,” tambahnya.

Beliau turut serta dalam menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MRCA dan Persatuan Francais BUSAN selepas pelancaran MIRF bagi memupuk kerjasama antara dua negara dalam mempromosikan industri francais.

Sharan Valiram, Presiden MRCA berkata, “Melalui MIRF, kami komited untuk menjadikan Malaysia sebagai batu loncatan bagi peruncit dan perniagaan francais untuk berkembang di mana pelbagai jenama, organisasi dan pengamal industri dalam satu platform bagi memudahkan proses membina rangkaian selain dapat berurus niaga secara langsung.”

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran MIRF, Christine Tan turut berkongsi, “Kami percaya bahawa usaha ini dapat mencipta dan membantu menguruskan peluang perniagaan bukan sahaja untuk sektor runcit tetapi juga menyediakan platform untuk komuniti perniagaan untuk mendapatkan peluang yang lebih meluas. Acara tahun ini juga merupakan peristiwa bersejarah untuk industri di mana aktiviti dapat terus dijalankan selepas apa yang berlaku semasa pandemik yang lalu.”

MIRF 2022 bersedia untuk terus meningkatkan dorongan bagi menterjemahkan transaksi yang lebih besar dengan padanan perniagaan yang lebih baik dan penggunaan teknologi sebagai pilihan hibrid untuk berinteraksi dengan orang ramai, sejajar dengan empat tunjang utama MRCA iaitu Makanan dan Minuman (F&B), Runcit, Francais, dan e-Dagang.

“Kami maklum bahawa terdapat petunjuk positif berdasarkan angka jualan akhir tahun yang dijangka mencecah RM13 bilion, berdasarkan kekuatan sedia ada industri ini walaupun dilanda pandemik. Sekali lagi, statistik telah membuktikan sumbangan penting yang dibawa oleh industri runcit kepada ekonomi Malaysia. Ia adalah salah satu daripada 3 penyumbang utama kepada KDNK Negara,” tambah Sharan Valliram.

Pameran tersebut disokong oleh Penaung Korporat MRCA iaitu Maxis, Fusionex dan RHB, selain disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Persatuan Francais dan Pelesenan (FLA) Singapura, Agensi Penggalakan Ekonomi Busan (BEPA), Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) serta lain-lain. MIRF juga berbangga dengan PERNAS sebagai Penaja Emas, China Mobile, Infra Bunga, Shopline, UT Robotics dan ZCITY sebagai Penaja Perak serta Malaysia Airlines dan Time.com sebagai Penaja Gangsa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

SPX Express Mengoptimumkan Rangkaian Logistik, Mempercepatkan Penghantaran E-Dagang kepada 30%

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 – SPX Express (SPX), rakan logistik dipercayai...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

KJTS peroleh kontrak RM6.6 juta dengan syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2024 – KJTS Group Berhad (“KJTS” atau “Syarikat”) , penyedia perkhidmatan sokongan bangunan...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Samaiden Meterai Perjanjian Pembelian Tenaga Suria 20 Tahun dengan Maxell Tohshin

PETALING JAYA, 8 Mac 2024 – Samaiden Group Berhad (“Samaiden”), pakar tenaga...