Kenyataan Media

Sebanyak 38 iklan penjualan minyak masak peket serta botol dalam talian telah diarah untuk diturunkan

118

13 Julai 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa menerusi usaha gempur kegiatan dagangan barang kawalan dan bersubsidi, sebanyak 38 iklan penjualan minyak masak peket serta botol, yang dipaparkan di 2 platform terkenal utama pasaran dalam talian telah diarah untuk diturunkan.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, penguatkuasaan bagi tempoh 1 hingga 12 Julai lalu turut menyaksikan 18 premis yang mempunyai alamat penjual pada platfrom dalam talian berkenaan digempur, sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan bekalan minyak masak peket dan botol.

“Justeru, 1 kes direkodkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan (PKB) 1974 – Mana-mana orang tidak boleh berurusan secara borong atau runcit apa-apa barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4.

Bagi kes ke-2 kedua pula, tindakan diambil mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 – Menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis yang dilesenkan.

Rentetan itu, 255 minyak masak peket 1kg dan 41 minyak botol (dalam kemasan 500gram, 1kg, 2kg dan 3kg) disita, dengan nilai rampasan keseluruhan RM1,495.50.” katanya.

Katanya, kedua-kedua kes tersebut sedang dalam tindakan mengikut saluran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

“Bagi mengekang ketirisan dan penyelewengan subsidi yang sepatutnya dinikmati golongan memerlukan, KPDNHEP selanjutnya sedang meneliti beberapa langkah untuk mengetatkan tatacara jualan dalam talian, khususnya membabitkan barangan kawalan serta bersubsidi.” ujar Nanta.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...