Home MY LNA Jenayah Wanita cetus kontroversi dibenarkan diikat jamin
Jenayah

Wanita cetus kontroversi dibenarkan diikat jamin

KUALA LUMPUR 13 Julai 2022 – Wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali di Mahkamah Sesyen hari ini.

Menurut laporan BERNAMA, wanita itu didakwa mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Justeru perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan di bawah seksyen itu tidak boleh dijamin.

“Sekiranya mahkamah ingin membenarkan ikat jamin, pihak kami mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin tempatan kerana kes tersebut telah mendapat perhatian masyarakat awam secara meluas.

Jumlah ikat jamin yang rendah akan menjejaskan pandangan orang awam terhadap badan kehakiman,” katanya.

Najihah turut memohon beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis sehingga kes selesai, pasportnya diserahkan kepada mahkamah selain perintah larangan untuk membuat sebarang kenyataan di media sosial dan media cetak berhubung kes itu.

Peguam R. Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih bujang dan kini bekerja sebagai eksekutif di syarikat teknologi maklumat, tidak mampu membayar jaminan tinggi.

“Tiada kebarangkalian anak guam saya akan melarikan diri kerana dia telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang tempoh reman selama empat hari.

Anak guam kami juga bersedia menerima syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah sekiranya jaminan dibenarkan,” katanya yang turut dibantu peguam Datuk Shaharudin Ali.

Siti Aminah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan wanita itu perlu melaporkan diri di Balai Polis Brickfields sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh juga dilarang memuat naik sebarang kandungan mengenai kes ini di mana-mana platform media sosial dan media cetak.

Mahkamah menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

JenayahMY LNAUTAMA

JKDNKA berjaya tumpaskan sindiket seludup rokok, minuman keras dan bongkar makmal haram proses arak tiruan

KUALA LUMPUR, 15 September 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan...

AMJenayahKeselamatanMY LNAUTAMA

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 26 April – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah...

AMJenayahMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

JenayahLNA KANTOR

Manajemen Anti-Korupsi ISO 37001, Perbaikan Perusahaan Pelat Merah

 Judul tulisan ini bersumber dari pemberitaan KOMPAS (12 Januari 2023) terkait vonis...