AMEkonomi @ My LNA

Malaysia dan Turkiye setuju bekerjasama pastikan rantaian bekalan makanan cukup dan stabil

141

7 Julai 2022 –  Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau dan Presiden Turkiye bersetuju bahawa isu keselamatan makanan kian meruncing akibat daripada pandemik COVID-19. Malah, kini menjadi semakin kritikal ekoran konflik di Ukraine.

“Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

Antara langkah segera, Malaysia dan Turkiye akan meningkatkan perdagangan produk makanan dan akan terus menjalinkan kerjasama yang meliputi perkongsian maklumat dan pengalaman.

Malaysia dan Turkiye akan memperkasakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor makanan, bagi meningkatkan keupayaan menghasilkan sumber makanan dan kelangsungan sekuriti makanan untuk berada pada tahap yang stabil.” kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Katanya lagi, TYT Presiden Erdogan dan beliau telah bersetuju supaya kerjasama Malaysia-Turkiye ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif.

“Ini memandangkan skop kerjasama telah berkembang meliputi pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan makanan, pelancongan, perbankan Islam dan industri pertahanan.

Kerjasama ini akan terus dikembangkan untuk manfaat bersama.” katanya.

Dalam pada itu, beliau dan TYT Presiden Erdogan turut berbincang mengenai potensi untuk Turkiye meningkatkan import minyak sawit Malaysia.

“Turkiye merupakan hab pembuatan produk berasaskan sawit untuk pasaran benua Eropah dan Asia Tengah.

Difahamkan Turkiye sedang mempergiatkan penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar dalam sektor pengangkutan.

Malaysia telah memulakan pengeluaran biodiesel berasaskan minyak sawit, selaras dengan matlamat Malaysia dalam menghasilkan sumber tenaga mesra alam.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...