7 Julai 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau dan Presiden Turkiye bersetuju bahawa isu keselamatan makanan kian meruncing akibat daripada pandemik COVID-19. Malah, kini menjadi semakin kritikal ekoran konflik di Ukraine.
“Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.
Antara langkah segera, Malaysia dan Turkiye akan meningkatkan perdagangan produk makanan dan akan terus menjalinkan kerjasama yang meliputi perkongsian maklumat dan pengalaman.
Malaysia dan Turkiye akan memperkasakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor makanan, bagi meningkatkan keupayaan menghasilkan sumber makanan dan kelangsungan sekuriti makanan untuk berada pada tahap yang stabil.” kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Katanya lagi, TYT Presiden Erdogan dan beliau telah bersetuju supaya kerjasama Malaysia-Turkiye ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif.
“Ini memandangkan skop kerjasama telah berkembang meliputi pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan makanan, pelancongan, perbankan Islam dan industri pertahanan.
Kerjasama ini akan terus dikembangkan untuk manfaat bersama.” katanya.
Dalam pada itu, beliau dan TYT Presiden Erdogan turut berbincang mengenai potensi untuk Turkiye meningkatkan import minyak sawit Malaysia.
“Turkiye merupakan hab pembuatan produk berasaskan sawit untuk pasaran benua Eropah dan Asia Tengah.
Difahamkan Turkiye sedang mempergiatkan penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar dalam sektor pengangkutan.
Malaysia telah memulakan pengeluaran biodiesel berasaskan minyak sawit, selaras dengan matlamat Malaysia dalam menghasilkan sumber tenaga mesra alam.” ujarnya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment