AM

PENGUATKUASAAN PASUKAN KHAS JIHAD MENANGANI INFLASI DIPERHEBATKAN

130

7 Julai 2022 – Pasukan Jihad Menangani inflasi terus mengorak langkah bagi memastikan bekalan barang keperluan mencukupi dan dapat menstabilkan harga  pasaran beberapa barangan utama yang menjadi isu masyarakat sejak kebelakangan ini daripada dieksplotasi oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi penguatkuasaan dan langkah proaktif kerajaan.

Sidang media yang diadakan pada hari ini oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri  Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan, pelbagai langkah proaktif jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan sekali gus memastikan bekalan ayam kekal terjamin, termasuklah pelaksanaan stokpail ayam untuk menangani kekurangan bekalan ayam di pasaran menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Sementara itu kerajaan juga mempermudahkan proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam dengan empat langkah berikut :

  • Membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan.
  • Memudah cara prosedur import (IP) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ke atas empat (4) komoditi merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan.
  • Mempercepatkan proses keperluan lesen pengimportan di bawah DVS melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai 2022.
  • Penambahan abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi meningkatkan dan mempelbagaikan sumber import bekalan ayam dan daging.

“Kerajaan telah meluluskan pemberian subsidi kepada penternak bagi menampung kenaikan kos input pengeluaran ayam serta membuat keputusan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, bagi Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai 2022. Manakala, harga ayam di ladang ditetapkan pada RM6.00/kg dan harga ayam di pihak pemborong pada RM8.10/kg.

Strategi seterusnya adalah memperhebatkan OPS BERSEPADU yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membanteras ketirisan barang subsidi terutama minyak masak dari diseludup ke negara asing. Sehingga kini rampasan bernilai RM1.5 juta telah dibuat dengan 61 kes membabitkan individu dan peniaga di empat negeri tersebut.“ katanya.

Menurutnya lagi, antara punca ketirisan minyak masak bersubsidi berlaku kerana julat perbezaan harga antara minyak masak bersubsidi dengan yang tidak bersubsidi amat besar di samping harga komoditi itu di negara jiran jauh lebih tinggi dari di negara kita. Di samping penyeludupan, ketirisan berlaku dengan cara menjual minyak masak kepada industri sebagai minyak masak terpakai untuk dijadikan bahan bio-diesel pada harga yang lebih tinggi daripada harga minyak masak subsidi. Satu lagi ketirisan ialah memindahkan minyak masak polybag ke botol 5kg dan dijual pada harga pasaran sekarang iaitu sekitar RM40.00 sebotol.

“Pihak Penguat Kuasa KPDNHEP sentiasa memantau dan melakukan perisikan sama ada melalui OPS Bersepadu di sempadan, mahupun OPS ATM dan OPS SAMAR di dalam negeri. Pasukan JIHAD mengalu-alukan kerjasama rakyat untuk bersama-sama melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan supaya kita dapat membanteras aktiviti ketirisan yang berleluasa kini. Untuk tahun 2022 sahaja, 486,686 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh Malaysia yang melibatkan 77,633 pemeriksaan di luar bandar dan 409,054 di bandar-bandar,” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...