Kenyataan Media

OPS Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak Fasa 2 akan diteruskan

125

1 Julai 2022 – Kerajaan telah mengumumkan harga siling ayam dan telur ayam bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan seperti di bawah dan berkuatkuasa 1 Julai 2022 untuk tempoh dua bulan :

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan semalam, dengan perlaksanaan harga siling baru ini, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM369.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan subsidi pukal untuk ayam dan telur adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

“KPDNHEP akan meneruskan tradisinya meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dengan menggerakkan semua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP seramai 2,200 di seluruh negara bagi memastikan bekalan mencukupi di mana penternak, pemborong dan peruncit mematuhi harga siling baru yang telah ditetapkan di semua peringat rantaian.

OPS ATM (OPS Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak) Fasa 2 akan diteruskan bagi memastikan bekalan ayam, telur dan Minyak Masak sentiasa mencukupi dan stabil di pasaran. Kementerian juga akan melakukan OPS SAMAR di mana pengawai penguatkuasa akan melaksanakan operasi tanpa memakai pakaian seragam dan kenderaan Kementerian serta melakukan ujian pembelian bagi memastikan peniaga patuh kepada patuh kepada undang-undang terutama bekalan, harga dan tanda harga.

KPDNHEP yakin tahap pematuhan di peringkat peniaga terutama peruncit akan kekal tinggi seperti pada penetapan harga siling dan harga maksimum sebelum ini. Sehingga 31 Mei 2022, sebanyak 80,179 pemeriksaan telah dijalankan di premis menjual ayam dan telur di mana pematuhan melebihi 99% dengan hanya 121 kes dihasilkan. Dari sudut Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Kawalan Barang (AKB) 1961 pula, sebanyak 846,686 premis telah diperiksa sepanjang tahun 2022 dan pematuhan juga di dapati tinggi melebihi 99% di mana 3,832 kes bersabit dengan AKHAP 2022 dan 615 kes bersabit AKB 1961 telah dihasilkan. Walau bagaimana pun, KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati tidak beretika, atau sengaja melanggar undang-undang atau yang mencatut atau berkomplot secara kartel sejajar dengan punca kuasa yang diberikan kepada KPDNHEP melalui AKHAP 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Persaingan 2010.” kata Kementerian itu.

Tambah Kementerian, pihaknya akan terus bersama Kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat secara holistik dan tuntas meliputi semua barangan kawalan dan subsidi termasuk minyak masak, petrol, diesel, LPG, tepung dan gula di samping mengekalkan daya-saing negara dalam pengeluaran barangan keperluan yang meliputi upah gaji rakyat, harga input yang diimport dan nilai Ringgit berbanding mata wang asing dunia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...