1 Julai 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa seramai 12 individu telah dilantik menggangotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN). Mereka adalah daripada kalangan mereka yang dihormati, berpengalaman luas dan banyak menyumbang kepada seni, budaya dan warisan untuk tempoh dua (2) tahun.
“MAKEN merupakan badan bebas yang berperanan untuk memberi khidmat nasihat, pandangan dan cadangan kepada MOTAC dan kerajaan berhubung pembangunan, kemajuan serta pemerkasaan dasar berkaitan hal ehwal seni, budaya dan warisan.
MAKEN bakal menggantikan Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan (MPKBK) yang ditubuhkan pada tahun 1976 yang berfungsi hingga tahun 2003.
Majlis ini diwujudkan sebagai platform tertinggi yang melibatkan wakil penggiat seni, budaya dan warisan daripada pelbagai bidang bagi membincangkan isu-isu berkaitan kebudayaan dan kesenian.” kata MOTAC dalam satu kenyataan media hari ini.
Antara fungsi-fungsi MAKEN adalah :
- memberi khidmat nasihat secara perundingan dan perbincangan bersama MOTAC berkenaan kebudayaan termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;
- mengemukakan pandangan dalam urusan penambahbaikan berhubung pelaksanaan program kebudayaan yang selari dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN); dan
- memberi cadangan dan syor berkenaan idea baharu berhubung hala tuju kebudayaan.
Tambah MOTAC, MAKEN diharap dapat membantu Kerajaan dalam menambah baik aspek pengurusan, tadbir urus dan penetapan kandungan kebudayaan yang juga melibatkan industri kreatif negara.
Majlis sesi penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Menteri MOTAC, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di Novotel Kuala Lumpur City Centre, hari ini. Kata Nancy, beliau berharap ahli-ahli MAKEN yang dilantik ini dapat bersama MOTAC memacu usaha ke arah merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Maju Rakyat Berbudaya” serta dapat melestarikan agenda pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan seni, budaya dan warisan negara.
SENARAI AHLI MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN)
- YBhg. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa (Pengerusi)
- YAM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz (Timbalan Pengerusi)
- YM Dato’ Tengku Khalidah Tengku Bidin
- YBrs. Dr. Lim Swee Tin
- YBrs. Dr. Paul Porodong
- YBrs. Dr. Regina Garai Abdullah
- Puan Suhana Sarkawi
- Encik Mohd Kamrulbahri bin Hussin
- YBhg. Dato’ Goh Hin San
- Puan Low Ngai Yuen
- Encik Abishegam Thiyaga Dass
- Encik Ronie Bahari
- Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street
- 2024 Triggers First-Ever Insurance Payout for Disaster Fund
- Oil market dynamics and future trends with global broker Octa
- Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back
- The power of television in bridging borders, families, and generations
Leave a comment