AM

Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan – PM

97

28 Jun 2022 – Kerajaan-Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang sinergi dengan Kerajaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh beliau pada hari ini memberi penekanan kepada pengukuhan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan sekuriti bekalan makanan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran akibat daripada senario global yang mengganggu kitaran pengeluaran makanan.

Katanya, semua Kerajaan Negeri juga bersetuju melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut iaitu:

1. Meningkatkan keluasan tanah yang sesuai khususnya tanah milik negeri untuk aktiviti pertanian dengan:

a. Mewartakan kawasan tanah pertanian sebagai tanah rizab di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) dan kemudiannya memajakkan tanah rizab berikut di bawah Seksyen 63 KTN untuk tempoh sekurang- kurangnya 10 sehingga 21 tahun.

b. Memperkasakan pemberian tanah milik negeri kepada anak syarikat Kerajaan Negeri berkaitan pertanian yang kemudiannya akan memajakkan tanah tersebut kepada usahawan tani untuk tempoh 30 tahun.

c. Pihak berkuasa negeri boleh, tertakluk kepada kaedah-kaedah tanah negeri meluluskan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun dan boleh dilanjutkan seterusnya bagi setiap Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

2. Mengekalkan pengezonan kawasan jelapang padi.

3. Pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan membangunkan TKPM yang terbengkalai serta belum dimajukan.

4. Mengekalkan pewartaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) sedia ada dan mewartakan ZIA yang belum diwartakan.

5. Menyelaras bersama pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan syarat dan proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pembangunan sistem reban ayam tertutup dan aktiviti agromakanan yang lain.

6. Menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian Peringkat Daerah bagi memudah cara urusan membangunkan tanah pertanian milik persendirian yang tidak diusahakan.

7. Menetapkan kadar caj abstraksi bagi sumber air tawar dan air masin yang lebih rendah untuk sektor agromakanan.

“Kerajaan Persekutuan bersetuju mempertimbangkan cadangan pengurangan atau pengecualian cukai terhadap industri agromakanan.

Mesyuarat turut memutuskan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi Bagi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di Peringkat Negeri bagi menggalakkan pihak penyedia perkhidmatan meningkatkan pelaburan penyediaan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...