AM

Menteri KPKT angkat Agenda Malaysia Berdaya Huni

109

KATOWICE, POLAND, 28 JUN 2022 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican telah menyempurnakan perasmian Pavilion Malaysia di WUF11 serta Majlis Pra-Pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM).

Menurut KPKT dalam satu kenyataan semalam, iDAM telah dibangunkan oleh KPKT melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dengan matlamat untuk meningkatkan tahap daya huni bandar untuk mencapai kemampanan, kemakmuran dan keterangkuman bandar.

“iDAM merupakan suatu pengukuran tahap daya huni berimpak tinggi yang boleh memberi nilai tambah kepada perancangan pembangunan mengikut lokaliti bagi merancakkan ekonomi serta kesejahteraan negara. Pengukuran ini akan melibatkan 155 buah Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di negara ini yang akan dinilai untuk mendapatkan keputusan daya huni.” kata KPKT.

Seterusnya Menteri KPKT diberi penghormatan menyampaikan ucaptama di Sesi SDGs in Action yang bertemakan “Liveability As A Vehicle Towards Achieving Urban Sustainability”.

Kata KPKT sesi ini membariskan ahli-ahli panel dari pelbagai latar belakang dan negara seperti Sepanyol, Nepal, Kanada serta Malaysia sendiri yang diwakili oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia, TPr Dr. Alias Rameli.

“Ia merupakan platform bagi perkongsian ilmu dan pengalaman para panel dengan fokus pemahaman konsep daya huni dalam pembinaan sebuah bandar yang sejahtera dan mampan, selaras dengan Agenda Pembangunan Global 2030 iaitu Sustainable Development Goals (SDG) dan New Urban Agenda (NUA).

Semasa sesi tersebut, YB Dato’ Sri Reezal Merican telah mengangkat Agenda Malaysia Berdaya Huni dan menyatakan komitmen Kerajaan Malaysia dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan persekitaran yang berdaya huni dan mampan, yang juga merupakan pra-syarat dalam pembangunan ekonomi negara.

Beliau turut menekankan kepentingan aspek daya huni bandar dengan melihat kepada tren perbandaran dunia, di mana 55 peratus daripada populasi dunia kini tinggal di kawasan bandar. Dalam konteks Malaysia, kadar perbandaran dijangka akan mencapai 80 peratus menjelang tahun 2030. Untuk mencapai Agenda Malaysia Berdaya Huni, beliau mengingatkan keperluan untuk semua pihak mengkaji semula dasar dan polisi yang dirangka supaya lebih bersifat holistik dan inklusif.” kata KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...