PUTRAJAYA 24 JUN 2022 – Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) , Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee memaklumkan bahawa Kementeriannya akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pemain-pemain industri penternakan ayam bagi membincangkan isu berkaitan dengan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran.
Katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, mesyuarat tersebut diadakan susulan keputusan Kerajaan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.
“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia supaya bekalan ayam terus diperolehi dengan harga kawalan yang berpatutan.
Bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga bulan Jun 2022 dan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa.” kata Ronald.
Tambah beliau, Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga akan
bersidang pada hari Isnin, 27 Jun 2022 bagi terus memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan.
“Kerajaan akan meneruskan usaha untuk memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.” katanya.
- Join Pavilion Feast To Journey Through Pavilion KL’s Array Of Culinary Treasures
- Malaysia Truly Asia Festival Promotes Malaysia’s Tourism and Culture to Laotian Market
- Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman
- The Hong Kong Institute of Surveyors Property and Facility Management Division Conference 2023 “Explored the Next Generation of Smart Property & Facility Management in Greater Bay Area”
- ESG Achievement Awards 2022/2023 winners presented Practices in sustainable development highlighted and pioneers commended
Leave a comment