Belia Belia dan Sukan Ekonomi KHAS z10

Skuad Sukarelawan KBS Bersama MBM Pantau Isu Kenaikan Harga Barang

24 Jun 2022 – Isu kenaikan harga barang yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini telah mendapat perhatian pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Dalam kenyataan media bersama oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Faizal Dato’ Azumu dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid menjelaskan, inisiatif yang diambil dengan menggerakkan belia sebagai sukarelawan bagi memantau sebarang eksploitasi harga barangan dalam pasaran seterusnya melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaras dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ( AKTA723).

“Langkah proaktif ini melibatkan penyertaan sukarelawan Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta MBM yang akan digerakkan ke lapangan di seluruh negara.

Ianya bertujuan bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi dan terpelihara sepenuhnya. Ini adalah selaras dengan langkah pihak kerajaan yang mengekalkan subsidike atas beberapa barangan makanan asas sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini.” kata kenyataan tersebut.