AMEkonomi @ My LNAPelancongan @ My LNA

Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet bertaraf 1 dan 2 Bintang dilanjutkan

197

17 JUN 2022 – Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet bertaraf 1 dan 2 Bintang yang sebelum ini dibuka pada 25 Mei sehingga 15 Jun 2022 kini dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), tempoh pelanjutan ini adalah bagi memastikan geran padanan ini boleh dimohon oleh pengusaha-pengusaha hotel yang layak dan tidak berpeluang untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Ini juga bagi memberi ruang lebih ramai pengusaha hotel mengambil peluang menyertai usaha Kerajaan untuk memulihkan semula industri pelancongan negara. Dengan pelanjutan tarikh tutup ini, mana-mana pengusaha hotel bajet bertaraf 1 dan 2 Bintang yang layak masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk dipertimbangkan kelulusan MOTAC.

Sehubungan dengan itu, MOTAC menyeru mana-mana pengusaha-pengusaha hotel bajet layak untuk mengemukakan permohonan mengikut tarikh yang telah ditetapkan ini.” kata MOTAC.

Permohonan geran padanan ini boleh merujuk laman sesawang MOTAC www.motac.gov.my/geran-padanan. Ia diharap dapat membantu pengusaha hotel untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis-premis mereka untuk menarik lebih ramai pelancong datang menginap.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...