17 Jun 2022 – Mantan Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin menafikan bahawa beliau telah terima wang tunai sebanyak RM1.3 juta dari syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di antara bulan Jun dan Ogos 2018.
Dalam satu kenyataan semalam beliau berkata pada masa itu, beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.
“Tugasan saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Hal ini tersebar luas dalam media massa.
Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara. Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas.
Saya dengan ini menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima, secara langsung atau tidak langsung, sebarang wang daripada David Tan, saksi dari Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, pengarahnya ataupun pemegang sahamnya.” tegasnya.
Tambah Muhyiddin, beliau juga tidak pernah disoal atau disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan isu tersebut.
“Adalah diharapkan pihak pendakwaan akan menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah buruk terhadap saya sedangkan saya tegas menentang rasuah. Saya juga bersedia untuk disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan ini.” ujarnya.
- 2023 Taitung “Most Beautiful Starry Sky” Concert: “6 Bests” Invites Everyone to Watch the Stars
- Move on, DAP tells UMNO Youth after apology demand
- Intipati Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi dan Visi Parti
- Pinda Perlembagaan Permudah Daftar Keahlian
- UMNO always stance to defend Malay and Islam issues – Zahid
Leave a comment