AM

Menteri KBS bersantai bersama media

215

17 Jun 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama editor-editor media utama negara dalam program Sesi Teh Tarik Santai di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, Ahmad Faizal berkata program tersebut diadakan bertujuan untuk mengadakan perbincangan, percambahan idea serta pandangan bersama pihak media untuk KBS merencana program-program dan inisiatif belia.

Foto-foto kredit kepada UKK KBS

“Terima Kasih kepada semua editor-editor media yang sudi hadir ke program ini. InsyaAllah kita akan cuba adakan program seumpama ini di masa hadapan agar hubungan mesra antara kita dapat terus terjalin.” kata Ahmad Faizal.

Taklimat ringkas oleh Dr. Zainah Binti Shariff. Foto kredit kepada UKK KBS

Dalam sesi tersebut juga, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Dr. Zainah Binti Shariff turut mengadakan sesi penerangan ringkas mengenai fungsi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi-agensi dibawahnya.

Seterusnya, Ahmad Faizal membawa para editor turun melawat stadium tersebut bagi sesi taklimat ringkas dan sesi bergambar.

Ahmad Faizal ucap tahniah kepada para pelajar cemerlang SPM 2021

Beliau juga berkesempatan meluangkan masa mengucapkan tahniah kepada Nur Adlina Nasreen Binti Mohd Nasri, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Nasrin Humaira yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021.

Adlina merupakan atlet kebangsaan di dalam program pelapis kebangsaan dalam sukan pelayaran. Beliau merupakan salah seorang pengganti kepada senior atlet bagi kelas ILCA 6. Setelah tamat pengajian SPM, beliau juga berhasrat untuk sambung belajar sambil meneruskan career sebagai seorang atlet. Dan beliau juga mungkin akan menyertai dalam temasya sukan besar pd masa akan datang.

Muhammad Azeem yang diberi jolokan ‘Usain Bolt Malaysia‘ memperoleh 3A+ dan 3A- bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Ekonomi. Dalam Sukan SEA Hanoi 2021, Muhammad Azeem tampil selaku pelari pertama kuartet 4x100m.

Manakala Nasrin Humaira dari Sekolah Seni Malaysia Perak memperolehi keputusan 10A menjadikan beliau sebagai Pelajar Terbaik SPM 2021 Sekolah Seni Malaysia Perak.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...