Jenayah

Sokong hina Nabi Muhammad : Empat warganegara Nepal ditangkap

152

16 Jun 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan mengesahkan bahawa PDRM telah menjalankan tangkapan terhadap empat (4) lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes penularan rakaman video menerusi aplikasi Tiktok yang menunjukkan sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong perjuangan Hindu Samachar serta tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari Parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam satu kenyataan hari ini, CP Dato’ Sri Abd Jalil kesemua suspek warganegara Nepal berumur di antara 26 hingga 27 tahun ditangkap oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada 16 jun 2022 di kawasan Meru, Klang.

“Turut dirampas daripada suspek ialah peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut, Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” katanya.

Tambah beliau, usaha untuk mengesan suspek yang bebas masih diteruskan. Katanya PDRM menggesa individu yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai pengetahuan mengenai kejadian juga diseru untuk menyalurkan maklumat kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di talian 03-22666071.” kata CP Dato’ Sri Abd Jalil.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...