16 Jun 2022 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memaklumkan bahawa Pengambilan tanah untuk projek East Coast Rail Link (ECRL) di Negeri Kelantan dilaksanakan secara berfasa yang melibatkan Jajahan Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, untuk Fasa 1 iaitu bagi tujuan jajaran utama sebanyak 1,547 lot tanah telah diwartakan di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Ketika ini, urusan pengambilan tanah yang dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri Kelantan bagi Fasa 1 telah selesai.
“Secara keseluruhan, projek ini berjalan lancar termasuk dari segi proses pengambilan tanah. Beberapa isu berbangkit berkaitan pengambilan tanah dapat diselesaikan oleh Kementerian dengan kerjasama baik daripada semua pihak, terutama daripada Kerajaan Negeri.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan semua agensi terbabit dalam melancarkan pelaksanaan projek ECRL di Kelantan.” kata Menteri KeTSA, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan.
Tambah KeTSA, bagi Fasa 2, JKPTG Negeri Kelantan telah menerima permohonan pengambilan tanah yang melibatkan lot–lot tambahan sejumlah 109 lot di Jajahan Machang, Bachok dan Pasir Puteh.
“Permohonan tersebut telah diangkat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sebelum diwartakan.
KeTSA turut mengambil perhatian kepada aspek kemampanan ekologi agar kesan kepada ekosistem untuk hidupan liar dan habitatnya adalah terkawal. KeTSA melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah mengambil tindakan dengan memperkukuhkan Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau Wildlife Management Plan (WMP) dengan membangunkan garis panduan berkaitan pelaksanaan WMP agar selari dengan keperluan Environmental Impact Assesment (EIA).” katanya.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km) merangkumi pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Kelantan bakal mempunyai dua stesen ECRL iaitu stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu serta stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh dan jajaran ECRL membabitkan 43.86km.
- PolyU researchers develop breakthrough method for self-stimulated ejection of freezing droplets, unlocking cost-effective applications in de-icing
- Global Financial Leaders Meet in Hong Kong to Explore Growth Engines
- VinFuture Prize Officially Opens Call for Nominations for the 2025 Season
- Greater Bay Area Residential Transactions Stabilized in 2H 2024 With Central Government’s Support
- Galaxy Macau Launches the ‘Adventures in the Cavern’ Guest Mixologist Series, Featuring World-Class Mixologists Monthly at Long Bar at Raffles
Leave a comment