AMEkonomi @ My LNA

Projek ECRL di Kelantan : 1,547 lot tanah diwartakan

337

16 Jun 2022 –  Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memaklumkan bahawa Pengambilan tanah untuk projek East Coast Rail Link (ECRL) di Negeri Kelantan dilaksanakan secara berfasa yang melibatkan Jajahan Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, untuk Fasa 1 iaitu bagi tujuan jajaran utama sebanyak 1,547 lot tanah telah diwartakan di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Ketika ini, urusan pengambilan tanah yang dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri Kelantan bagi Fasa 1 telah selesai.

“Secara keseluruhan, projek ini berjalan lancar termasuk dari segi proses pengambilan tanah. Beberapa isu berbangkit berkaitan pengambilan tanah dapat diselesaikan oleh Kementerian dengan kerjasama baik daripada semua pihak, terutama daripada Kerajaan Negeri.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan semua agensi terbabit dalam melancarkan pelaksanaan projek ECRL di Kelantan.” kata Menteri KeTSA, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan.

Tambah KeTSA, bagi Fasa 2, JKPTG Negeri Kelantan telah menerima permohonan pengambilan tanah yang melibatkan lot–lot tambahan sejumlah 109 lot di Jajahan Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

“Permohonan tersebut telah diangkat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sebelum diwartakan.

KeTSA turut mengambil perhatian kepada aspek kemampanan ekologi agar kesan kepada ekosistem untuk hidupan liar dan habitatnya adalah terkawal. KeTSA melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah mengambil tindakan dengan memperkukuhkan Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau Wildlife Management Plan (WMP) dengan membangunkan garis panduan berkaitan pelaksanaan WMP agar selari dengan keperluan Environmental Impact Assesment (EIA).” katanya.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km) merangkumi pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Kelantan bakal mempunyai dua stesen ECRL iaitu stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu serta stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh dan jajaran ECRL membabitkan 43.86km.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...