Home AM CP Dato’ Ayob Khan nafi laporan Telegram Edisi Siasat
AMKHASz10

CP Dato’ Ayob Khan nafi laporan Telegram Edisi Siasat

14 JUN 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan kepada telegram Edisi Siasat ramai pegawai tinggi JSJN dan PDRMterlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

Tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini, laporan tersebut adalah rekaan semata-mata yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti pucuk pimpinan tertinggi PDRM dan imej PDRM secara keseluruhannya.

“Ianya cuba memberi gambaran bahawa rasuah berleluasa dalam PDRM. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa pegawai tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah narkotik dan pegawai PDRM yang lain bersekongkol dengan sindiket dadah.

Sekiranya terdapat bukti yang kukuh mana-mana pegawai atau anggota PDRM bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas.” tegas beliau.

Tambah CP Dato’ Ayob Khan, semua kejayaan yang dicapai oleh PDRM adalah hasil kerjasama mantap semua jabatan dalam PDRM bersama jabatan-jabatan dan agensi luar. Justeru, ianya bukan kejayaan individu.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

Tindakan berkongsi atau menyebarkan kenyataan-kenyataan sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...