Orang ramai perlu berhati-hati jika terima email gunakan profil pemimpin negara
CYBERJAYA, 4 Jun 2022 – Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati jika menerima emel yang menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata bahawa sebarang komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlulah disemak dan ditentukan kesahihannya dan tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak.
“Ini bertujuan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa kepada aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan. Penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Peringatan ini dikeluarkan hasil daripada aduan yang diterima dari orang ramai di mana terdapat e-mel yang tidak ditentusahkan telah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi pemesejan dalam talian.
Orang ramai diingatkan untuk membuat semakan dengan pihak yang terlibat (pihak yang profil atau identitinya digunakan) dan jangan sebarkan sebarang kandungan yang mencurigakan bagi mengelak kekeliruan umum. Laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya telah dipastikan kandungan e-mel tersebut tidak benar atau palsu, bagi memudahkan tindakan sewajarnya diambil.” katanya.
Tambahnya, sekiranya ada menerima e-mel yang mencurigakan, sertakan email header bagi e-mel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis.
Orang ramai juga boleh membantu memberhentikan penyebaran e-mel tersebut dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia perkhidmatan e-mel seperti Gmail atau Yahoo! Mail di pautan berikut:
Gmail (Avoid and report phishing emails):
https://support.google.com/mail/answer/8253
Yahoo! Mail (Report abuse or spam on Yahoo):
https://my.help.yahoo.com/kb/SLN26401.html
- Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 bukan dibawah kendalian KBS
- Seramai 12 individu dilantik anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)
- ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus meningkat
- [GALERI] MAJLIS PRATONTON MEDIA SEMPENA KONSERT TRIBUTE SENIMAN NEGARA DATO’ SERI AHMAD NAWAB