Alam Sekitar @ MY LNA

KPKT komited melaksanakan transformasi pengurusan sisa pepejal

118

PUTRAJAYA 3 JUN 2022 -Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja ke negara Jerman bermula 30 Mei 2022 bagi melihat inisiatif serta pendekatan yang dapat memperkukuhkan lagi usaha pembangunan agenda ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia sempena IFAT Munich 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPKT berkata lawatan kerja turut disertai Persatuan Pengurusan Sisa Pepejal Malaysia (WMAM) yang terdiri daripada pemain-pemain industri pengurusan sisa pepejal di Malaysia, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan selain pasukan KPKT.

“IFAT Munich 2022 merupakan pameran perdagangan terkemuka di dunia bagi pengurusan air, kumbahan, sisa dan bahan mentah.

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berpeluang melawat beberapa fasiliti berteknologi tinggi yang menjadi antara pemain utama kepada kejayaan ekonomi kitaran di negara Jerman iaitu Wurser Emwelt, sebuah fasiliti kitar semula yang cukup komprehensif; serta KLOH, fasiliti kitar semula berteraskan organik/biogas.

Kedua-dua fasiliti ini mempunyai kapasiti dan teknologi untuk menguraikan sisa-sisa domestik atau organik menjadi bahan yang boleh diguna semula, antara lain seperti menjadi baja atau gas sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual secara komersil kepada pengguna.” kata KPKT.

Pasukan KPKT turut mengadakan perbincangan bersama Federal Ministry for The Environment, Nature Conservation, Nuclear Protection and Consumer Protection yang antara lain membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia – Jerman dalam pembangunan polisi dan kerangka ekonomi kitaran yang lebih komprehensif.

“Negara Jerman mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pembangunan ekonomi kitaran.

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican juga memaklumkan bahawa KPKT selaku agensi yang menerajui soal pengurusan sisa pepejal di negara kita sedang melihat satu pelan transformasi menyeluruh pengurusan sisa pepejal untuk kita beralih dari ekosistem bersifat linear economy kepada circular economy. Ia merupakan satu agenda yang memerlukan lonjakan bersama dan mewujudkan Circularity Climate atau Iklim Kitaran untuk semua. Di samping itu, ia juga melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuklah agensi-agensi Kerajaan, GLC, pemain industri, pihak berkuasa tempatan dan pemain utama dalam soal transformasi ini adalah pengguna atau rakyat sendiri.

Justeru, antara langkah yang sedang dilakukan adalah mendapatkan mandat melalui platform di peringkat Kebangsaan iaitu penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Negara. Selain itu, pasukan KPKT sedang merangka pembangunan Pelan Induk Ekonomi Kitaran bagi sisa pepejal sebagai panduan asas kepada semua pihak. Selain itu, KPKT juga sedang mengkaji pelaksanaan Extended Producer Responsibility (EPR) iaitu pendekatan meletakkan tanggungjawab kepada pengeluar untuk merawat dan melupuskan produk pasca pengguna. Ini merupakan amalan lazim di negara-negara maju supaya produk yang dihasilkan dapat dirawat dan dilupus.” katanya.

Di samping itu, KPKT juga sedang meneroka potensi penggunaan teknologi rawatan sisa di punca (treatment at source) seperti penggunaan anaerobic digester (AD) dan composter bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan sampah terutamanya melibatkan sisa makanan.

KPKT juga sedang melihat pelaksanaan Ekonomi Kitaran ini melalui Proof Of Concept (POC) di beberapa PBT bagi membolehkan satu-satu kawasan PBT diperaku sebagai “Circular City” atau PBT mampan dalam soal pengurusan sisa pepejal. KPKT juga sedang melihat soal insentif-insentif di peringkat permulaan serta jangka panjang yang boleh diberikan sebagai galakan kepada semua pihak untuk menjayakan agenda Ekonomi Kitaran ini.

Tambah KPKOT, dalam lawatan ke pameran IFAT Munich 2022 ini juga, Reezal Merican turut diberi penghormatan untuk menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat E-Idaman Sdn Bhd dan Eggersmann Anlagenbau GmbH.

“Kedua-dua syarikat menzahirkan kerjasama untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang fasiliti pemerolehan semula bahan (material recovery facility) dalam pengurusan sisa pepejal.

KPKT cukup optimis bahawa agenda Ekonomi Kitaran ini akan menjadi satu agenda perdana untuk semua serta komited dalam memastikan tahap daya huni rakyat diperkukuh di bawah agenda Malaysia Berdaha Huni atau Liveable Malaysia. Ini dapat diperkemaskan lagi dengan transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar selaras dengan salah satu bidang keutamaan Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12) iaitu Melaksana Pembangunan Rendah Karbon, Bersih dan Berdaya Tahan.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 berlaku di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang...

Alam Sekitar @ MY LNABM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Insiden Tanah Runtuh Sungai Ruil, Dakwaan Ajis Sittin berat sebelah – JAKOA

PUTRAJAYA, 18 Disember 2023 – Susulan insiden tanah runtuh yang menjejaskan 17...