Kesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Timbalan Menteri KKM lancar polisi bebas tembakau dan produk merokok pertama Universiti Malaya

631

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2022 : Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei 2022, Universiti Malaya (UM) telah melancarkan Polisi Bebas Tembakau dan Produk Merokok pertama Universiti Malaya, yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali di Dewan Tunku Canselor, UM. Majlis ini turut dihadiri Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor.

YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali dalam ucapannya berkata, sejajar dengan ancaman dari industri tembakau, World Health Organization (WHO) telah memilih tema “Tobacco – Threat to our Environment” untuk sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini. Bagi negara kita, selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan peruntukan Generational End Game (GEG) atau Generasi Penamat melalui Akta baharu bagi kawalan tembakau dan merokok, tema sambutan Hari Tanpa Tembakau pada tahun ini telah dimurnikan kepada “Tembakau – Ancaman kepada alam sekitar dan Generasi Masa Hadapan’.

“Tema ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman keseluruhan kitaran tembakau terhadap alam sekitar kita, ini termasuk penanaman, pengeluaran dan pengedarannya hingga ke sisa toksik yang dihasilkannya. Pada masa yang sama, isu berkaitan tembakau dan produk merokok juga merupakan satu ancaman kepada generasi masa hadapan kita kerana produk-produk ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka apalagi jika mereka telah mula merokok sejak usia yang sangat muda.

“Selaras dengan tema Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini, pelancaran Polisi Bebas Tembakau & Produk Merokok Universiti Malaya pada hari ini menunjukkan komitmen pihak universiti terutamanya Nicotine Addiction Research Group Universiti Malaya (NARCC) dalam melindungi generasi sekarang dan akan datang daripada ancaman kesan buruk tabiat merokok, baik dari segi kesihatan, sosial, persekitaran dan ekonomi. Usaha giat oleh penyelidik NARCC ini juga di abadikan dalam buku coffee table yang juga akan dilancarkan pada hari ini,” katanya.

Menurut Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, polisi ini juga merupakan usaha dan komitmen UM dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari. Polisi ini merupakan satu inisiatif dan tanggungjawab Universiti Malaya bagi melindungi kesihatan semua pelajar, pekerja dan pelawat dengan menyediakan persekitaran kampus yang selamat, sihat dan bebas tembakau serta produk merokok. Penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa penggunaan tembakau termasuk rokok elektronik (e-cigarette) dan vape adalah membahayakan kesihatan.

“Dengan kesedaran ini, UM berhasrat untuk mewujudkan, melaksanakan dan menguatkuasakan Polisi ini selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (P.U.(A)324/2004), Akta Makanan 1983, di mana antara lainnya, menyenaraikan semua institusi pengajian tinggi sebagai salah satu daripada dua puluh tiga (23) kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok,” katanya.

“Diantara penyataan Polisi Bebas Tembakau dan Produk Merokok UM ini adalah memastikan UM menjadi kampus bebas tembakau dan produk merokok, menggalakkan dan memberikan sokongan kepada semua kakitangan dan pelajar yang ingin berhenti merokok, menyediakan persekitaran kampus yang sihat dan selamat, melarang sebarang pengiklanan, penajaan, pengedaran dan/atau penjualan hasil tembakau dan produk merokok yang lain, melarang sebarang penerimaan tajaan daripada industri tembakau dan produk merokok untuk projek penyelidikan dan apa-apa bantuan kewangan kepada mana-mana kakitangan dan pelajar dan melarang sebarang penerimaan tajaan atau hadiah daripada industri tembakau dan produk merokok.

Majlis pelancaran polisi ini dimeriahkan dengan forum bertajuk “Kampus bebas rokok” oleh pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Kawalan Tembakau & Framework Convention on Tobacco Control, KKM Dr. Norliana Ismail, dan Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn Bhd. Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM (Bersara). Selain itu, aktiviti pertandingan poster dan penulisan warkah di kalangan pelajar sekolah rendah sekitar Petaling Jaya, bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022. Usaha ini juga adalah antara usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran bahaya merokok di kalangan pelajar sekolah rendah serta mengelakkan mereka daripada mencuba untuk merokok.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...