Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Langkah berjaga-jaga apabila terima panggilan atau SMS dari individu atau nombor yang menyamar sebagai pegawai kerajaan

76

CYBERJAYA, 1 Jun 2022 – Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan panggilan atau SMS dari individu atau nombor yang menyamar sebagai pegawai daripada badan agensi kerajaan.

Dalam satu kenyataan semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

i. Jangan panik apabila menerima panggilan atau SMS dari nombor yang tidak dikenali. Sebaliknya, bawa bertenang;
ii. Putuskan panggilan dan abaikan SMS tersebut;
iii. Jangan sesekali mengikut arahan pemanggil atau penghantar SMS;
iv. Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pemanggil atau penghantar SMS;
v. Cabar pemanggil berkenaan untuk mengesahkan maklumat;
vi. Tulis butiran pemanggil atau penghantar SMS (merangkumi nombor talian dan nama) bagi tujuan rekod sekiranya diperlukan;
vii. Laporkan panggilan dan SMS tersebut kepada pihak Polis untuk tindakan;
viii. Kongsikan juga pengalaman anda dengan keluarga dan rakan, sebagai usaha memberikan kewaspadaan agar mereka tidak menjadi mangsa panggilan dan SMS yang tidak dikenali.

Tambah MCMC, orang ramai dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada pihak polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1159 atau 03-2610 1599.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member