AM

Timbalan Menteri Luar Negeri lawat Kazakhstan

89
Kazakhstan flag isolated on white background

18 Mei 2022 – Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Luar Negeri Dato’ Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Uzbekistan dari 19 hingga 21 Mei 2022 dan Republik Kazakhstan dari 22 hingga 25 Mei 2022. Beliau akan diiringi oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri.

“Tahun 2022 merupakan Ulang Tahun ke-30 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia dengan kedua-dua negara Asia Tengah.

Semasa di Uzbekistan, Dato’ Kamarudin dijadual akan membuat Kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Perdagangan Luar dan Pelaburan, Pemangku Menteri Luar Negeri serta Speaker Dewan Rakyat Uzbekistan. Manakala di Kazakhstan, beliau akan bertemu dengan rakan sejawat dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri (Menteri Perdagangan dan Integrasi) serta Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Antarabangsa dan Pertahanan.

Lawatan ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh lagi kerjasama sedia ada yang memberi manfaat kepada Malaysia dan kedua-dua negara tersebut serta meneroka kerjasama strategik baharu dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, bantuan kerjasama teknikal dan kerjasama kesihatan. Lawatan ini juga akan memberi peluang kepada Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.” kata KLN.

Tambah KLN, bagi tempoh Januari hingga Oktober 2021, Kazakhstan merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Tengah dengan jumlah perdagangan berjumlah RM359.79 juta. Manakala Uzbekistan pula merupakan rakan dagang kedua terbesar dengan jumlah RM187.82 juta.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...