17 Mei 2022 – Program Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 selama tiga (3) hari akan diadakan di di Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu, Terengganu bermula pada 19 hingga 21 Mei 2022. Ia merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.
Menurut MOTAC dalam satu kenyataan hari ini, matlamat utama penganjuran program tersebut adalah untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya Keluarga Malaysia yang berada di Negeri Terengganu dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta membuka ruang kembali untuk menjana ekonomi negara bagi para penggiat industri yang berada di negeri itu.
“Ini merupakan penganjuran kali pertama di negeri pantai timur, khususnya di negeri Terengganu. Pemilihan negeri ini sebagai lokasi majlis ini juga mengambilkira populasi penduduk dominan yang meraikan acara ini selain dikelilingi lokasi-lokasi tarikan utama pelancong serta masyarakat di Terengganu yang kaya dengan aktiviti seni, budaya dan adat tradisional masyarakat tempatan, disamping itu juga dalam usaha untuk mempromosikan negeri Terengganu dalam aspek kebudayaan, kesenian dan pelancongan.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya Rewang Raya, Kenduri Rakyat, Pertandingan Lumba Perahu, Himpunan Keris, Gateh Busana, Kambing Cantik, Pertandingan Ayam Ratu, Zoo Kampung, Wau Gegok Damak, Tok Dekor Jangok, Tewah Ngail, Gasing Terbang, Bot Berhias dan persembahan kesenian. Turut akan berlangsung ialah Bengkel dan Kelas Masakan Warisan, Demonstrasi Makanan Warisan, ceramah agama “Syawal Disambut Dengan Penuh Kesyukuran dan Kegembiraan” serta Pertandingan Memancing dengan tema memancing sambil mengenakan pemakaian kain pelikat dan semutar beramai-ramai.” kata MOTAC.
Tambahnya, acara kemuncak bagi program ini ialah Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 20 Mei 2022 jam 9.00 malam.
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment