Kesihatan @ My LNA

Peningkatan kes HMFD

140
Enterovirus Legs hands mouth Rash on the body of a child Cocksackie virus

17 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir ME 19/2022 (pada 14 Mei 2022), sejumlah 31,661 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 15 kali ganda berbanding pada tahun 2021 sehingga ME yang sama, iaitu hanya mencatatkan 2,121 kes.

Manakala kes dilaporkan bagi ME 19/2022 adalah 7,526 kes berbanding ME 18/2022 iaitu hanya 1,676 kes di seluruh negara, di mana peningkatan sebanyak 349%.

“Pada tahun 2022, sehingga 14 Mei 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 8,864 kes (28%). Ia diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 4,421 kes (14%), Sabah 2,650 kes (8%), Perak 2,638 kes (8%) dan Kelantan 2,493 kes (7.9%) sementara negeri-negeri lain sekitar atau kurang daripada 1,500 kes.

Sebanyak 889 wabak dilaporkan di Malaysia di mana tiga (3) negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah WP Kuala Lumpur & Putrajaya iaitu 309 wabak (35%), diikuti negeri Selangor dengan 111 wabak (12%), dan Perak 105 wabak (12%). Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika/ taska/ pra-sekolah iaitu 575 wabak (65%) diikuti oleh rumah persendirian dengan 305 wabak (34%), dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 27 wabak (3%). Wabak dikira apabila terdapat dua (2) atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 29,781 kes (94%), diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 1,473 kes (5%).” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Tambahnya Penyakit HFMD ini berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. Penyakit ini cepat menular dengan kadar jangkitan hampir 100% dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun; terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska, tadika atau sekolah.

Justeru, KKM ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan supaya:

  1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat;
  3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepuh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut;
  4. Membersihkan (basmikuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas;
  5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul;
  6. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain; dan
  7. Pihak pengusaha taska, tadika dan lain-lain pusat jagaan kanak-kanak disarankan supaya mengadakan saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...