Home AM Lawatan kerja buka peluang kerjasama dua hala tangani isu buruh paksa
AMKHASz10

Lawatan kerja buka peluang kerjasama dua hala tangani isu buruh paksa

13 Mei 2022 – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan bahawa dalam lawatan kerja ke Washington Amerika Syarikat, beliau telah mengadakan pertemuan dengan AnnMarie Highsmith, Penolong Eksekutif Pesuruhjaya Perdagangan, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (U.S CBP) dan Thea Lee, Timbalan Setiausaha Bahagian Biro Hal Ehwal Buruh Antarabangsa (ILAB), Jabatan Buruh Amerika Syarikat (U.S. DOL).

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, beliau telah berkongsi inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam menangani hampir keseluruhan indikator buruh paksa yang telah disenaraikan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation – ILO) seperti penahanan dokumen pengenalan diri, kerja lebih masa berlebihan, dan penahanan gaji.

“Namun begitu, indikator perhambaan hutang menjadi satu-satunya cabaran di mana kebanyakan daripada kes-kes berkaitan dengan indikator ini berlaku di negara sumber, tetapi memberikan implikasi negatif kepada negara penerima seperti Malaysia.

Amerika Syarikat amat menghargai usaha Kerajaan Malaysia dan bersedia untuk meneruskan kerjasama strategik dalam membanteras buruh paksa. Dalam hal ini, U.S CBP bersetuju menjalinkan bekerjasama menerusi penubuhan Jawatankuasa Kerja yang akan bertemu setiap tiga bulan. Jawatankuasa ini akan memberikan fokus kepada pertukaran maklumat berhubung elemen buruh paksa. Ini termasuklah merangka polisi atau dasar yang dapat menyokong inisiatif negara ke arah membanteras buruh paksa.

Selain itu, U.S. CBP yang dijangka mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada penghujung Mei 2022, telah bersetuju untuk mengadakan satu bengkel bersama para pemain industri di Malaysia. Bengkel ini akan memberikan penerangan mengenai perkara berkaitan dengan elemen buruh paksa yang perlu dielakkan oleh pemain industri supaya produk mereka tidak disekat untuk masuk ke pasaran Amerika Syarikat.” katanya.

Tambah beliau, dari aspek kerjasama dengan U.S. DOL pula, Jabatan tersebut bersetuju untuk berkongsi kepakaran dalam aspek perpindahan teknologi, bina upaya dan program perantis.

“Malah, U.S. DOL turut menyarankan agar Malaysia memberikan pendedahan kepada pekerja tentang kepentingan berkesatuan. Ini selaras dengan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Julai 2022.

Lawatan kerja ini juga telah membuka peluang kerjasama dua hala dalam membendung gejala buruh paksa selain menjadi platfom bagi Amerika Syarikat untuk lebih memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menangani isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak.” kata Saravanan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...