21 April 2022 – Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Hasbie bin Muda menyifatkan penafian Naib Presiden PAS Dr Samsuri Ahmad tentang dokumen sulit yang didakwa milik PAS yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
“Penafian Naib Presiden PAS Dr Samsuri Ahmad yang sekadar melabelkan dokumen tersebut sebagai ‘sampah’ adalah kurang meyakinkan. Pada masa yang sama beliau mengakui bahawa pertemuan dengan tokoh-tokoh yang disebutkan adalah benar.
Memandangkan intipati kandungan dokumen tersebut sangat berkait rapat dengan masa depan negara serta kebebasan institusi kehakiman negara, penafian tegas oleh pimpinan utama PAS iaitu presidennya amatlah dituntut.” kata Mohd Hasbie dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini kecoh mengenai dokumen sulit yang didakwa milik PAS berkisar tentang perancangan dan usaha parti tersebut untuk kekal berkuasa di Putrajaya dengan membuat perbincangan dengan pelbagai pihak.
Dokumen yang kelihatan merupakan minit mesyuarat dan belum dipastikan kesahihannya tersebut menggambarkan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) didakwa cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik masingmasing termasuk mencampuri urusan mahkamah.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment