17 April 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 April 2022 adalah seperti berikut :
- Kes sembuh: 14,346 kes [4,238,471 kes kumulatif (96.7%)];
- Kes baharu: 9,705 kes (4,382,402 kes kumulatif);
- Kes import: 30 kes [25 warganegara (83.3%); 5 bukan warganegara (16.7%)];
- Kes tempatan: 9,675 kes [9,294 warganegara (96.1%); 381 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 134 kes (72 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 81 kes (44 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 9,705 kes harian yang dilaporkan pada 16 April 2022, 4,653 kes (47.95%) adalah dari Kategori 1, 5,003 kes (51.55%) dari Kategori 2 dan 16 kes (0.16%) adalah dari Kategori 3.
Manakala Kategori 4 berjumlah 15 kes (0.15%) dan Kategori 5 adalah sebanyak 18 kes (0.19%).
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment