Home Politik MOU : PH tidak terikat dengan apa-apa keputusan Majlis Tertinggi UMNO
Politik

MOU : PH tidak terikat dengan apa-apa keputusan Majlis Tertinggi UMNO

16 April 2022 – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata bahawa keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak meneruskan MOU dengan Pakatan Harapan selepas 31 Julai 2022 adalah urusan di antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dengan UMNO.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anthony turut menegaskan bahawa MOU tersebut adalah persefahaman di antara Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan Persekutuan dan bukannya dengan pucuk pimpinan UMNO.

“Justeru itu, pihak kami tidak terikat dengan apa-apa keputusan Majlis Tertinggi UMNO.

Sebarang keputusan dan isu berkenaan MOU tersebut perlu dibincangkan secara rasmi di antara Perdana Menteri mewakili Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh pelbagai parti dengan pimpinan tertinggi PH.” katanya.

Tambah bekas Menteri Pengangkutan itu terdapat juga percanggahan pendapat di kalangan parti-parti dalam Blok Kerajaan berkenaan garis masa MOU tersebut seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

“Bagi Pakatan Harapan, isu yang paling penting ialah pelaksanaan semua komitmen kerajaan yang termaktub dalam MOU terutamanya penggubalan Akta Anti Lompat Parti sebelum Parlimen dibubarkan.

Dalam Pemukiman DAP Pusat baru-baru ini, pucuk pimpinan parti telah mengarahkan supaya seluruh jentera pilihanraya DAP mesti bersiapsiaga sepenuhnya menjelang bulan Ogos 2022.

Dalam apa keadaan sekali pun, saya yakin bahawa DAP dan Pakatan Harapan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Parlimen pada awal bulan Ogos akan datang.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPolitik

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun – Formula ‘menang-menang’ bagi agihan kerusi Pilihan Raya...

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

HighlightsMY LNAPolitik

AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN

ALOR SETAR, 4 Jun 2023 – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...