Home JENAYAH Fahmi Reza disiasat PDRM
JENAYAHz10

Fahmi Reza disiasat PDRM

14 April 2022 – Pelukis kontroversi, Fahmi Reza sedang disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia berkaitan dengan hantaran satu (1) imej karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebook beliau pada 13 April 2022.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan berkata hantaran tersebut telah mendapat 12k responds, 3.4k comments dan 966 shares sejak dimuat naik dan telah mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Siasatan masih diteruskan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.” katanya.

Tambah beliau, PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh institusi diraja serta sensitiviti agama dan kaum.

“Orang ramai digesa agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara. Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.” tegasnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsJENAYAHKeselamatanMY LNA

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 26 April – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah...

AMHighlightsJENAYAHMY LNAPengguna

Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

JENAYAHLNA KANTOR

Manajemen Anti-Korupsi ISO 37001, Perbaikan Perusahaan Pelat Merah

 Judul tulisan ini bersumber dari pemberitaan KOMPAS (12 Januari 2023) terkait vonis...

AMJENAYAHMY LNA

PDRM berjaya tumpaskan sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah...