Kenyataan Media

PENSTRUKTURAN TOL: MENYANGKAL PEMESONGAN FAKTA BERITA 7.57 AWESOME TV – KKR

111

Macam tak masuk akal, ALR bermodalkan RM5,000 boleh mengambilalih aset lebuhraya bernilai lebih RM5 billion.

Jawapan:

Peranan ALR ini hanya sebagai penjaga keempat-empat lebuhraya berkenaan. Bakal pelabur sukuk (sukuk subsriber) memerlukan keyakinan untuk melabur dan oleh yang demikian, ALR terdiri daripada tokoh korporat yang tidak berkait dengan mana-mana parti politik. Ini yang membolehkan ALR yang bermodalkan hanya RM5,000 mampu menjadi “penjaga” bagi keempat-empat lebuhraya berkenaan. Selain daripada itu, oleh kerana pemegang saham asal telah tiada lagi dan oleh kerana ALR adalah non profit maka tiada sebarang pembayaran dividen diperlukan dan ini membolehkan kadar tol dikekalkan pada kadar sedia ada dimana peruntukan tambahan melalui kenaikan tol tidak diperlukan.

Betul ke lebuhraya – lebuhraya yang terlibat dalam penstrukturan ini akan tamat tempoh konsesi dalam masa terdekat, sengaja dilanjutkan tempoh konsesi untuk mengaut keuntungan?

Jawapan:

Ini adalah satu pernyataan yang salah dan sengaja untuk memesong Rakyat. Tarikh tamat terawal adalah 6 tahun lagi iaitu 2028 bagi Kesas, 8 tahun lagi iaitu 2030 bagi LDP, 12 tahun lagi iaitu 2034 bagi SPRINT dan 20 tahun lagi iaitu 2042 bagi SMART. Ini yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi sedia ada. Di dalam penstrukturan ini lanjutan yang diberikan adalah tidak eksklusif. Oleh kerana tiada lagi kenaikan kadar tol maka kadar trafik akan mengalami peningkatan secara berterusan dan tidak akan berlaku impact of toll increase dimana terdapat penurunan trafik akibat kenaikan kadar tol. Maka dengan demikian, Kerajaan melihat kemungkinan dimana tempoh konsesi boleh ditamatkan dengan lebih awal daripada tempoh asal.

Kalau begitu, kenapa beri lanjutan tempoh konsesi?

Jawapan:

Lanjutan tempoh konsesi diberikan sebagai hanya sesuatu yang indikatif bagi memberi pemegang sukuk satu kelegaan bahawa pelaburan mereka akan dibayar balik walaupun keadaan seperti pandemik covid-19 berlaku dimana Kerajaan terpaksa menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan.

Ada ke Kerajaan memberikan sebarang jaminan kewangan kepada penstrukturan ini atau ALR?

Jawapan:

Oleh kerana keempat-empat lebuh raya ini merupakan lebuhraya yang siap sepenuhnya dan sedang beroperasi maka tiada sebarang jaminan kewangan diberikan di dalam penstrukturan ini. Malah tiada sebarang jaminan diberikan kepada mana-mana lebuhraya yang dirundingkan oleh Kerajaan pada masa kini.

Sudahlah Kerajaan memberikan kos tetap bagi pembinaan & penyenggaraan lebuh raya ini sekarang nak lanjutkan lagi untuk membebankan pengguna.

Jawapan:

Ini adalah suatu kenyataan yang salah dan memesong Rakyat. Kerajaan tidak pernah membayar atau memberikan peruntukan dalam bentuk kos tetap untuk pembinaan mahupun penyenggaraan lebuh raya berkenaan. Pembinaan telah dibuat menggunakan dana yang diperolehi oleh syarikat konsesi melalui pinjaman atau penerbitan SUKUK yang perlu dibayar balik melalui kutipan tol manakala kos bagi operasi dan penyengaraan ditampung melalui kutipan tol.

Kenapa ALR dipilih sewenang-wenangnya secara rundingan terus dan bukannya secara tender terbuka?

Jawapan:

Kerajaan tidak memilih atau berunding terus dengan ALR. ALR telah mengemukakan cadangan kepada pihak syarikat konsesi dan ianya dipanjangkan kepada Kerajaan oleh pemegang saham asal syarikat konsesi. Tiada unsur tender di sini. Ini merupakan business deal yang tidak wajar Kerajaan masuk campur. Kerajaan susulan itu telah meneliti dengan teliti dan cermat dari segi semua aspek sebelum memberikan kelulusan. Kerajaan berminat dengan penstrukturan ini kerana pemegang saham asal dapat digugurkan dan kini menjadi entiti tanpa pemegang saham komersial dimana Kerajaan mempunyai peluang selepas ini untuk menamatkan mana-mana atau kesemua empat konsesi lebuhraya ini tanpa perlu mengganti balik faedah yang sepatutnya diperolehi oleh pemegang saham asal. Sekarang, Kerajaan hanya perlu memberi perhatian kepada pemegang sukuk sebelum membuat sebarang keputusan, dibandingkan sebelum ini Kerajaan perlu memberi perhatian kepada pihak pemberi pinjam, pemegang sukuk serta pemegang saham syarikat asal.

Jaminan Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan

Rakyat tidak perlu khuatir dan percaya kepada dakyah palsu yang dinyatakan. Tempoh konsesi yang masih tinggal terpendek adalah selama 6 tahun. Kerajaan akan melihat prestasi kewangan serta bayaran balik hutang setiap tahun dari tahun ini dan perkara ini telah dimasukkan didalam Perjanjian Baharu ini serta syarikat tidak boleh menambah hutang baharu sewenang-wenangnya, maka kemungkinan pengguna akan membayar tol selamalamanya tidak wujud. Kerajaan sentiasa akan memastikan bahawa kepentingan pengguna sentiasa terjamin dan tidak terbeban. Sekiranya penstrukturan ini tidak dibenarkan dan sekiranya Kerajaan ingin menjimatkan pampasan maka kenaikan kadar tol perlu diberikan
dan ini akan menyebabkan implikasi rantaian (chain reaction) dimana akan menyebabkan kos barangan akan meningkat juga. Sekarang dengan penstrukturan ini kadar tol akan tetap bagi tempoh selanjutnya, Kerajaan boleh menamatkan tempoh konsesi pada bila-bila masa tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan dan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kenaikan harga barang akibat kenaikan kadar tol. Kerajaan sedar akan bebanan rakyat akibat kenaikan harga barang dan tidak boleh membuat sebarang
keputusan yang akan memburukkan keadaan. Jaminan Kerajaan, Rakyat jangan risau, Kerajaan ada sekurang-kurangnya 6 tahun untuk melihat semula kewajaran lanjutan tempoh konsesi yang diluluskan secara indikatif.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...