Makan @ My LNA

5 cara untuk membuat anda kenyang dan puas sempena bulan Ramadan – Subway

1.1k

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling suci buat umat Islam, dan disertakan dengan berpuasa dari subuh hingga ke senja. Walau bagaimanapun, pada waktu berbuka puasa – keinginan menjelma dalam pelbagai rupa. Kadangkala selera anda mengidamkan sesuatu yang manis, segar atau lebih mewah – atau ada masanya anda terlalu letih untuk memikirkan sajian anda sama sekali!

Di Subway, kami mempunyai sajian untuk setiap mood dan kami teruja untuk meraikan musim perayaan ini bersama anda.

1. Ia akan membuatkan anda kenyang sepanjang malam!

Walaupun pada hari biasa, merancang sajian tengah hari dan malam memang memenatkan! Sepanjang Ramadan, kami juga pulang dari kerja dan berharap agar makanan yang dipesan sudah tiba sebelum waktu berbuka puasa. Inilah peranan Subs sepanjang sekaki dari Subway – untuk memuaskan anda dari waktu senja hingga ke subuh. Sempena bulan puasa ini, cubalah berbuka puasa dengan sajian Sub sepanjang sekaki! Dengan rasa pilihan anda, hias atas kegemaran anda serta bahagian yang mengenyangkan, Sub ini pasti akan memulihkan tenaga anda selepas seharian berpuasa dan membantu anda bertahan sehingga waktu sahur yang seterusnya!

2. Roti John DIY yang lebih berkhasiat untuk anda

Cuba namakan sajian bazar Ramadan Malaysia yang lebih ikonik daripada Roti John. Jika anda seorang peminat sajian kegemaran tempatan ini, anda mungkin menyukai kombo sepanjang sekaki ini yang mirip hidangan ini, tetapi dengan #Kesegaran tambahan. Pilih roti kegemaran anda, padankan dengan Potongan Ayam Bersalut Serbuk Roti, dan tambahkan satu sudu Mayo Telur yang penuh dengan kebaikan telur, dan sedikit sos BBQ serta cili untuk rasa pedas yang tersendiri itu.

3. Kenyang dengan pelbagai sayur-sayuran di samping juadah bazar

Kita semua sedia maklum bahawa sajian bazar Ramadan memang menyelerakan tetapi mungkin tidak menyediakan khasiat sayur-sayuran yang anda perlukan. Selain itu, apabila anda berpuasa sepanjang hari, mungkin agak sukar untuk mendapatkan serat dan nutrien yang mencukupi dengan hanya dua hidangan. Jika anda pernah membeli sebuah Sub, anda pasti tahu apa yang saya maksudkan – di Subway anda bebas untuk memilih pelbagai jenis sayur-sayuran kegemaran anda. Dan jika anda tiada mood untuk roti, anda boleh memilih wrap, atau salad yang tidak melibatkan roti langsung!

4. Kombinasi sub terkaya dan paling mewah

Selepas seharian berpuasa, selera makan anda pasti bertambah, dan adakalanya anda inginkan sajian yang lebih mewah. Apabila anda memikirkan sub, anda mungkin berpendapat bahawa ia terasa segar dan ringan. Nah, inilah kombo yang akan mengejutkan anda: Untuk sub Stik dan Keju sepanjang sekaki anda, bisikkan kepada artis Sandwic anda bahawa anda bukan hanya mahukan satu hidangan Mac & Keju, tetapi juga satu cedok Cendawan Cincang. Sekarang serlahkan lagi rasanya dengan sedikit sos bawang manis, dan jangan takut untuk memesan keju tambahan untuk rasa yang lebih mewah. Order je, anda berhak menikmatinya.

5. Kumpulkan seisi kampung

Akhir sekali, Ramadan adalah masa untuk berkongsi, daripada melakukan amal kebajikan hinggalah kepada berkongsi makanan dengan orang lain, masyarakat serta bersifat penyayang sentiasa merupakan sebahagian daripada semangat Ramadan. Ramadan ini, kongsikan sub sepanjang sekaki atau beberapa biskut dengan orang di sekeliling anda, daripada insan tersayang, kepada jiran anda, atau hulurkan bantuan. Tanpa mengira acara atau dengan siapa anda berkongsi Sub anda, kami di Subway berharap agar pengalaman ini akan membawa anda #SatuKakiLebihMesra.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBernamaBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) – Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEditor's ChoiceGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNAVideo

LNA @ MAKAN : RESTORAN SANTA CHAPATI HOUSE

Tontoni sesi temubual bersama pemilik Restoran SANTA CHAPATI House iaitu Puan Gurdip...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNAUTAMA

[Video] Temubual bersama Chef @ Grandmama’s bahagian ke -2

Tontoni bahagian kedua video sesi temubual bersama Chef Chin Shuenn Liang yang...