Gaya Hidup @ My LNA

RAIKAN HARI RAYA YANG PENUH MEMORI & BERMAKNA BERSAMA PAVILION REIT MALLS

189

KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 – Sebaik sempadan Malaysia dibuka semula dan negara beralih ke fasa endemik, Pavilion REIT Malls teruja mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk menyambut Hari Raya dengan pengalaman membeli-belah pada musim perayaan, meraikan majlis buka puasa, saat yang menyeronokkan serta ganjaran menarik yang menanti. Pavilion KL meraikan Aidilfitri dengan ‘Eid In Harmony’, pameran silang budaya antarabangsa dengan kerjasama Kedutaan Iran; ‘Meriah Raya’ di Intermark Mall yang menjemput pembeli-belah menikmati seni permainan bayang-bayang dengan Wayang Kulit tradisional Malaysia sambil mengimbau nostalgia permainan kanak-kanak Malaysia; manakala di Da Men USJ pula, pembeli akan dibawa pulang ke `90 an Malaysia dengan ‘Bestnya Raya!’, meraikan batik Malaysia dalam gaya retro yang ikonik!

PAVILION KUALA LUMPUR

Berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia, Pavilion KL, destinasi membeli-belah utama Malaysia, sekali lagi menampilkan sebuah dinamik antarabangsa untuk sambutan perayaannya. Bekerjasama dengan Kedutaan Iran buat pertama kalinya, ‘Eid In Harmony’ ialah pameran silang budaya antarabangsa yang meraikan warisan, budaya dan tradisi Malaysia dan Iran.

Selepas mempamerkan produk asli Iran di samping aktiviti interaktif di Centre Court, Pavilion KL bersempena sambutan Tahun Baru Parsi dari 2 – 7 April yang lepas, Pavilion KL kini berubah wajah bagi meraikan sambutan Hari Raya yang dinanti-nantikan, mempamerkan budaya Malaysia dan Iran menerusi dekorasi perayaan, hadiah, aktiviti, dan pengalaman membeli-belah sehingga 16 Mei.

Pavilion KL turut berbangga dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Kraftangan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mempersembahkan kraftangan, seni dan budaya Malaysia yang menakjubkan, di samping mempromosikan seni ketukangan tempatan Malaysia di ‘Eid in Harmony’ Marketplace. Untuk pengalaman membeli-belah unik di Centre Court, pembeli-belah boleh memilih mana-mana hadiah dan cenderahati Hari Raya daripada pelbagai hasil kraftangan Malaysia dan Iran yang dijual. Terdapat banyak aktiviti mengasyikkan untuk disertai pembeli-belah, antaranya demonstrasi tenunan permaidani Parsi secara langsung yang pertama di Malaysia, bengkel penganamelan kraftangan tembaga, serta persembahan muzik dan tarian daripada kedua-dua budaya.

“Dengan sempadan Malaysia kini dibuka kepada pengunjung antarabangsa, kami menjangkakan impak berganda dapat dilihat pada beberapa sektor berkaitan pelancongan. Penerbangan akan disambung semula, penghunian bilik hotel kian meningkat, dan sebagai destinasi membeli-belah utama Malaysia, kami yakin pengunjung kami turut bertambah dengan ketara. Pavilion KL menantikan detik yang ditunggu ini dengan mempersembahkan satu lagi kempen perayaan yang hebat buat pengunjung kami,” kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion KL.

‘Eid In Harmony’ telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Tetamu Kehormat Datuk Saraya Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; bersama H.E. Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Iran ke Malaysia; Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion KL; Encik Khairul Azmir Ahmad, Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL; dan Encik B. Ravintharan, Ketua Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank. Selepas pelancaran tersebut, tetamu dihidangkan dengan Pertunjukan Fesyen Islam Malaysia penuh warna warni oleh Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan kemudiannya lawatan eksklusif ke gerai-gerai ‘Eid in Harmony’.

“Iran dan Malaysia berkongsi nilai Islam dan tradisi Asia yang sama dalam mendukung rasa hormat terhadap keluarga dan masyarakat. Wacana budaya adalah segalanya tentang persepsi yang tepat tentang orang lain menerusi pemahaman yang lebih baik dan menghormati yang lain.

“Saya percaya dengan diplomasi budaya yang aktif dan bermakna menerusi pertukaran idea, nilai dan tradisi; dan semestinya dengan seni persembahan, muzik secara langsung, tayangan filem, kraftangan, makanan dan pelancongan, kita akan dapat mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam dan menyaksikan keindahan dan kepelbagaian budaya lain. Saya juga sangat gembira dan bersyukur kerana kedua-dua entiti kerajaan dan swasta menyokong penambahbaikan program kebudayaan dan penglibatan intelektual kami ini,” kata H.E. Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia.

“Sambutan Hari Raya adalah masa terbaik untuk meraikan kepulangan pelancong antarabangsa, sambil berkongsi budaya Malaysia kita ke seluruh dunia – dan tiada tempat yang lebih baik untuk mempamerkannya selain di Pavilion KL. Pavilion KL telah lama memainkan peranan penting dalam meningkatkan status Bukit Bintang sebagai pusat beli-belah utama Malaysia dan tarikan utama pelancong, dan saya percaya kerjasama dengan Kedutaan Iran ini pasti akan menyerlahkan keunikan sambutan Hari Raya untuk rakyat Malaysia, Iran, dan pelancong khususnya, di mana kita dapat saling mengenali budaya masing-masing,” kata Datuk Saraya Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Pelbagai juadah perayaan dan pengalaman membeli-belah menanti di Pavilion KL sempena musim perayaan ini. Dapatkan baju Raya bergaya idaman anda di Variante, padankan dengan tudung menawan dari Arzu atau dUCK, dan dapatkan wangian khas anda dari Arabian Oud. Untuk menghiburkan hati anda, saksikan filem blockbuster terbaharu di Dadi Cinema, kemudian lengkapkan hari anda dengan hidangan berbuka puasa Timur Tengah yang lazat di Restoran Al Halabi Gourmet dan kunjungi kafe terbaharu Pavilion KL The Coffee Academïcs untuk kopi dan pencuci mulut.

Dapatkan ganjaran apabila anda membeli-belah pada musim perayaan ini! Dengan perbelanjaan minimum RM150 (atau RM100 dengan Kad Kredit atau Caj Maybank), pembeli akan menerima sampul Raya eksklusif yang diilhamkan daripada motif seni bina Iran dan Malaysia. Baucar makan RM20 percuma juga turut diberikan untuk perbelanjaan minimum RM200, dan dengan perbelanjaan minimum RM300, pembeli-belah akan menerima set peralatan mandian dan set hadiah. Dengan Maybank sebagai rakan kongsi perbankan rasmi Pavilion KL untuk tahun 2022, pemegang kad akan menerima 1 Set Kelengkapan Makan Corelle Livingware percuma dengan pembelian RM1,000 dalam satu resit serta Vision Casserole Dish dengan setiap pembelian RM2,000.

INTERMARK MALL Sajikan mata anda pada musim perayaan kali dengan ‘Meriah Raya’ di Intermark Mall, yang diinspirasikan daripada seni dan permainan tradisional Malaysia kegemaran termasuk Wayang Kulit, Batu Seremban, Congkak, dan banyak lagi. Bergembira dan nikmatilah hiasan perayaan yang menyeronokkan di samping selami semangat riang nostalgia permainan zaman kanak-kanak, termasuk pameran dan persembahan dari hari ini sehingga 8 Mei.

Jangan lupa untuk bergambar untuk Instagram anda di paparan dekorasi tradisional Melayu di pusat beli-belah tersebut, yang dihiasi dengan batik dan bunga berwarna-warni. Pembeli-belah juga boleh menikmati persembahan wayang kulit secara langsung dengan mengarahkan persembahan Wayang Kulit mereka sendiri di skrin di Ground Atrium.

Intermark Mall berbangga dapat bekerjasama dengan Karyaneka, anak syarikat di bawah Kraftangan Malaysia, dan Wak Long Music & Art Centre dalam mempamerkan seni wayang kulit, permainan kebudayaan dan bentuk seni tradisional melalui pelbagai bengkel yang menarik. Pembeli-belah juga dijemput menyertai bengkel mempelajari cara membuat wayang kulit, melukis batik, membuat Batu Seremban dan bermain Congkak dari 16 hingga 30 April di Galeri Meriah Raya, Tingkat Bawah.

Pembeli-belah dari semua peringkat umur dan latar belakang dialu-alukan untuk mengenali sejarah Wayang Kulit dan menyaksikan persembahan menakjubkan tersebut sambil mengimbau kembali cerita rakyat Melayu tradisional oleh Wak Long di The Art of Shadow Exhibition di Meriah Raya Gallery. Rancangan Wayang Kulit oleh Wak Long akan berlangsung pada 16, 17 dan 24 April 2022 jam 2 petang dan 5 petang.

Sebagai sebahagian daripada pengalaman beli-belah perayaan kali ini, terdapat juga pameran muzik gamelan tradisional dan tarian kebudayaan oleh pelajar Taylor’s International School Kuala Lumpur pada 12, 13, 14 April jam 1 tengah hari di Ground Atrium. Tercari-cari sesuatu yang enak untuk dinikmati? Pembeli-belah boleh memborong juadah Raya di Jaya Grocer’s Raya Delectable Pop-Up, Concourse Level dari 11 April hingga 1 Mei. Dari kudapan, hamper, kurma dan coklat import, pembeli-belah boleh membeli semua hidangan ringan kegemaran mereka untuk sambutan Raya nanti. Bagi mereka yang tercari-cari baju Raya atau hadiah kraftangan Raya untuk keluarga dan rakan-rakan, jom singgah Meriah Raya Pop-Up, Ground Atrium dari 8 April hingga 8 Mei dan lihat sendiri kepelbagaian kraftangan oleh Kraftangan Malaysia dan Wak Long, dengan tudung yang cantik-cantik dan pilihan Baju Raya oleh Bacarat untuk musim perayaan. Bagi menceriakan kediaman anda pada

musim perayaan ini, singgahlah ke Pameran Hiasan Raya by Living Circles Concept, Ground Floor (sebelah Starbucks) dari 8 April hingga 8 Mei, untuk mendapatkan keperluan dan hiasan untuk rumah terbuka anda. 

Pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus set Sampul Raya eksklusif dan berpeluang memenangi baucar makan. Mereka yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit terkumpul boleh menebus satu set Sampul Raya eksklusif dan 6 keping Set Kelengkapan Kaca Hi-Ball Ocean Ivory.

DA MEN USJ

Da Men USJ menjemput pembeli-belah mencipta kenangan raya abadi dengan ‘Bestnya Raya!’ mulai hari ini sehingga 31 Mei. Da Men USJ akan membawa pembeli-belah kembali ke era 90-an – yang menampilkan perabot ikonik, fesyen batik moden dan juadah istimewa Raya. Dengan pelbagai hiasan perayaan yang unik, pusat beli-belah ini adalah destinasi ideal untuk anda bergambar bersama yang tersayang bagi meraikan musim perayaan kali ini. Lampu buluh dan perabot kayu istimewa dikelilingi dengan pelita buluh tradisional, ketupat Hari Raya, dan pelbagai aksesori dan elektronik era `90-an!

Di Tingkat Bawah pula, saksikan Pameran Pakaian Batik yang direka khas oleh pelajar berbakat dari Kolej INTI dan jenama fesyen positif tubuh, Cynta Exclusive yang memaparkan warisan seni Malaysia yang kaya melalui koleksi fesyen batik yang menakjubkan. Di Atrium Tingkat Bawah, pembeli-belah boleh memborong semua keperluan raya mereka di Bestnya Raya! Bazar – dapatkan Baju Melayu yang bergaya, batik tradisional berwarna-warni, beg buatan tangan, aksesori yang trendi, kasut, makanan ringan dan kuih raya, serta hamper perayaan.

Terdapat juga pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk menikmati sepanjang tempoh perayaan ini – di mana kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam Bengkel Seni Raya bersama Global Art dan serlahkan sisi kreatif dengan Lukisan Batik di Atrium, Tingkat Bawah yang diadakan pada 16, 23, 30 April dari 2 petang hingga 5 petang. Bengkel lain termasuk Bengkel Terarium dan Bengkel Anyaman Bakul oleh tukang orang asal; serta bengkel Mencanting Batik, DIY Lilin dan Lilin oleh artis tempatan. Selain bengkel interaktif, pembeli-belah juga boleh menyaksikan demonstrasi langsung kekayaan seni dan budaya Malaysia, termasuk Anyaman Tikar Mengkuang (tikar tenunan), lukisan batik, ukiran kayu dan demonstrasi seni inai.

Selepas membeli-belah dan menyertai aktiviti menyeronokkan, pengunjung boleh duduk bersantai dan menikmati persembahan perayaan di Atrium, Tingkat Bawah. Jangan ketinggalan menyaksikan alunan muzik legenda rock `90-an dari artis terkenal seperti Man Bai, Along Exists, dan Mohar Mohram di Bestnya Concert Da Men USJ pada 24 April jam 2 petang.

Pembeli-belah juga akan mendapat ganjaran apabila berbelanja di Da Men USJ. Dengan setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah, pembeli akan menerima set eksklusif sampul Raya, serta berpeluang untuk mendapatkan sekotak Pelitup Muka Edisi Hari Raya Neutrovis pada harga RM10. Dengan setiap RM180 yang dibelanjakan di seluruh pusat membeli-belah (RM280 dengan resit Jaya Grocer), pembeli akan mendapat baucar F&B dan baucar tiket filem Dadi Cinema yang eksklusif.

Dalam satu peraduan yang eksklusif, Da Men USJ akan memberikan tiket Dadi Cinema bernilai RM6,500 pada musim perayaan ini. Pembeli hanya perlu menghantar penyertaan peraduan mereka dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit untuk berpeluang memenangi tajaan tiket wayang selama setengah tahun!

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNANiaga @ My LNAUTAMA

Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 – Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah’ Shopee Dedah Tabiat Beli-Belah Gen Z

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...