KUALA LUMPUR, 25 MAC 2022 : Penerima Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-14,Kategori : Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, berjaya meletakkan Malaysia di tangga kedua dunia dalam bidang penyelidikan Prostetik dan Ortotik (P&O) selepas Amerika Syarikat.
Lebih membanggakan, hasil dan impak penyelidikan ini menguasai lebih 21 peratus daripada hasil penyelidikan berkaitan P&O di peringkat global.
“Terima kasih khas buat Universiti Malaya yang telah membawa saya sehingga saya mencapai tahap ini, semestinya saya berbangga dan berbesar hati kerana dapat mengharumkan nama universiti di peringkat nasional dengan pengiktirafan yang diberikan ini. Anugerah yang diterima ini sangat besar maknanya dalam kerjaya saya sebagai ahli akademik serta penyelidik dan juga kepada keluarga saya, tentunya ini merupakan kemuncak serta pengiktirafan atas sumbangan, komitmen serta jerih perih yang diusahakan selama ini yang akhirnya membuahkan hasil dan impak pada hari ini.
“Sebagai pakar dalam bidang penyelidikan Prostetik dan Ortotik (P&O) dan diiktiraf oleh “The Forchheimer Prize” oleh International Society of Prosthetics and Orthotics, saya komited untuk terus memainkan peranan penting bagi melahirkan ciptaan berasaskan inovasi dalam bidang P&O untuk negara dan juga dunia.
“Bagi membolehkan manfaat dan impak yang lebih besar disumbangkan dalam bidang P&O, saya telah menubuhkan Centre for Applied Biomechanics pada tahun 2008. Ia merupakan medan utama dalam mendorong saya menghasilkan penerbitan dan penciptaan berasaskan hasil penyelidikan dalam bidang ini,” katanya. Profesor Azuan juga berkongsi resepi kejayaan beliau adalah disiplin, menjaga masa, komitmen, usaha teguh serta fokus yang strategik dan bersasar dalam memastikan segala perancangan dan impian yang dipasang dapat digariskan melalui perencanaan yang komprehensif.
Keupayaan untuk merangka pelan jangka masa panjang yang teratur serta kapasiti untuk memperoleh kerjasama, bakat dan kepakaran rakan penyelidik biomekanik serta pelajar PhD berkualiti menjadi tonggak penting dalam menentukan kejayaan ini.
“Sekalung penghargaan dan terima kasih khas buat semua pihak yang sentiasa bersama-sama saya dalam membangunkan usaha ini terutamanya sahabat sahabat saya, para penyelidik dan para pensyarah di Centre for Applied Biomechanics dan BioApps Sdn Bhd serta Fakulti Kejuruteraan yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan,” tambahnya lagi.
Profesor Azuan merupakan ahli akademik dan pendidik dalam bidang P&O dan telah berjaya merealisasikan program Ijazah Kejuruteraan Bioperubatan (Prostetik & Ortotik) pertama dan satu-satunya di Malaysia.
Turut menerima pengiktirafan sama dalam kategori berasingan adalah Dr. Rosdeen Suboh bagi kategori Seni dan Kreativititi dan Dr. Sr Zuraini Md Ali bagi kategori Penerbitan Buku. Anugerah Akademik Negara Ke-14 disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 24 Mac 2022 di Hotel Sama Sama, Sepang.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment