Kenyataan Media

Kelantan tidak dianaktirikan dalam penganjuran SUKMA – KJ

224

21 Februari 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan menyangkal satu video dari Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa beliau mengembalikan semula hak penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kepada Negeri Kelantan. Melalui kenyataan itu seolah-olah menteri-menteri yang sebelumnya menafikan hak penganjuran tersebut.

Menurut Khairy, Negeri Kelantan pernah ditawarkan untuk menjadi penganjur temasya berkenaan melalui beberapa Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA selepas SUKMA Perlis 2014. Penganjuran akan kembali ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas SUKMA Sarawak 2016. Kelantan merupakan pilihan untuk penganjuran kerana belum pernah menganjurkan SUKMA.

Atas beberapa faktor, kerajaan Kelantan menolak pelawaan untuk menganjurkan SUKMA kerana belum bersedia lagi. “Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa Kelantan tidak pernah sesekali dianaktirikan dalam pemilihan sebagai penganjur SUKMA seperti dakwaan yang dibuat. Malahan, tiada satu negeripun yang dianaktirikan sewaktu saya menerajui Kementerian Belia dan Sukan dalam apa-apa hal sekalipun.”

Menurut Khairy, pemilihan dibuat secara saksama melalui  Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dianggotai oleh 14 Exco Belia dan Sukan Negeri dan tertakluk kepada kesanggupan dan kesediaan negeri yang dipilih.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...