21 Februari 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan menyangkal satu video dari Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa beliau mengembalikan semula hak penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kepada Negeri Kelantan. Melalui kenyataan itu seolah-olah menteri-menteri yang sebelumnya menafikan hak penganjuran tersebut.
Menurut Khairy, Negeri Kelantan pernah ditawarkan untuk menjadi penganjur temasya berkenaan melalui beberapa Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA selepas SUKMA Perlis 2014. Penganjuran akan kembali ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas SUKMA Sarawak 2016. Kelantan merupakan pilihan untuk penganjuran kerana belum pernah menganjurkan SUKMA.
Atas beberapa faktor, kerajaan Kelantan menolak pelawaan untuk menganjurkan SUKMA kerana belum bersedia lagi. “Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa Kelantan tidak pernah sesekali dianaktirikan dalam pemilihan sebagai penganjur SUKMA seperti dakwaan yang dibuat. Malahan, tiada satu negeripun yang dianaktirikan sewaktu saya menerajui Kementerian Belia dan Sukan dalam apa-apa hal sekalipun.”
Menurut Khairy, pemilihan dibuat secara saksama melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dianggotai oleh 14 Exco Belia dan Sukan Negeri dan tertakluk kepada kesanggupan dan kesediaan negeri yang dipilih.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang