Kesihatan PICK

PICK :  66,148,498 dos telah diberikan setakat semalam

21 Februari 2022 – Seramai 13,992,391 penduduk dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak setakat semalam.

Menurut data di laman web COVIDNOW, seramai 22,944,158 individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dua dos vaksin, manakala seramai 23,221,715 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara keseluruhannya seramai 26,619,990 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala seramai 25,742,964 individu telah lengkap dua dos vaksin.

Keseluruhannya 66,148,498 dos telah diberikan setakat semalam.