10 Februari 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa mulai 11 Februari 2022, pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan bawah KPM adalah tidak diwajibkan. Ini susulan daripada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Februari 2022 berkaitan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis berkuat kuasa mulai 11 Februari 2022.
“Namun, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis institusi pendidikan bawah KPM.
Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa/penjaga dimohon untuk memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah. Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19 serta tinggal serumah adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.” jelas KPM dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah KPM, tTahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya. Katanya lagi,
ketetapan ini disarankan agar turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment