Home JENAYAH Punca kematian suspek Myanmar belum diketahui – PDRM
JENAYAH

Punca kematian suspek Myanmar belum diketahui – PDRM

2 Februari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pada 30 Januari 2022 seorang lelaki tempatan telah menyerahkan seorang lelaki warganegara Myanmar (suspek) kepada pihak polis di One Stop Centre, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor yang dipercayai mencuri sebuah motosikal.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato’ Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Pada 31 Januari 2022 jam lebih kurang 8.10 pagi, suspek atau orang kena tahan (OKT) terbabit telah dihantar ke Hospital Kajang, Selangor kerana mengadu tidak sihat.

Pihak Hospital memaklumkan bahawa suspek terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.

Seterusnya pada 2 Februari 2022 jam lebih kurang 1.05 pagi, pihak Hospital Kajang, Selangor telah memaklumkan bahawa OKT tersebut telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui.” kata Azri.

Tambah beliau Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsJENAYAHKeselamatanMY LNA

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 26 April – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah...

AMHighlightsJENAYAHMY LNAPengguna

Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

JENAYAHLNA KANTOR

Manajemen Anti-Korupsi ISO 37001, Perbaikan Perusahaan Pelat Merah

 Judul tulisan ini bersumber dari pemberitaan KOMPAS (12 Januari 2023) terkait vonis...

AMJENAYAHMY LNA

PDRM berjaya tumpaskan sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah...