KUALA LUMPUR 31 Januari 2022 – Syarikat tekstil terkenal di negara, Kumpulan Jakel dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat julung kalinya mementerai tajaan pakaian ikon-ikon pembaca Berita Perdana RTM dalam satu majlis yang telah diadakan di Wisma Jakel Kuala Lumpur pada hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama RTM dan Jakel akan dikembangkan lagi pada masa hadapan supaya RTM terus kekal unggul dan menjadi pilihan nombor satu seluruh keluarga Malaysia selaras dengan plan traformasi RTM 2021 – 2023.
Tambah Annuar, beliau mahukan syarikat Bumiputera berdaya saing menggunakan saluran RTM sebagai platform mempromosikan produk yang berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Dalam pada itu Jakel telah menaja pakaian ikon kepada 14 pembaca Berita Perdana RTM untuk selama 6 bulan bermula 3 Februari ini.
Dengan penajaan pakaian ini, ia dapat memberi satu wajah baru kepada dunia penyiaran RTM agar tampak lebih bertenaga dengan gabungan fabrik dan fesyen dengan adanya elemen moden serta kontemporari, sesuai dengan gaya masa kini.
- The role of university and community in achieving SDGs
- Recover Red Introduces Portable Red Light Therapy Solution: The Power Stack
- BexBack Breaks Boundaries: Anonymous Trading with 100x Leverage on Perpetual Contracts and 100% Deposit Bonus!
- BC.GAME Launches Wukong Slot, Inspired by the Epic Adventures of Black Myth: Wukong
- BAKE Cheese Tart Returns to Singapore: A Freshly Baked Delight from Hokkaido
Leave a comment