Kesihatan @ My LNA

Pencahayaan mercu tanda sebagai solidariti memerangi penyakit Tropika yang terabai (NTD) – KKM

76

KUALA LUMPUR 30 Januari 2022 – Sempena mengingati Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia (Neglected Tropical Diseases – NTD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyertai Pencahayaan 100 Mercu  bertempat di Menara Kuala Lumpur dan Pintasan Saloma sebagai tanda Solidariti memerangi penyakit tersebut. Sebagai solidariti bersama gerakan NTD ini, KKM juga akan menyalakan struktur ikonik di Menara Kuala Lumpur dan Pintasan Saloma.

Ini merupakan kali kedua penglibatan Malaysia dalam sambutan World NTD. Focus utama adalah untuk memerangi penyakit denggi. Malaysia telah berjaya mengurangkan kes Denggi daripada 90,304 kes pada tahun 2020 kepada 26,365 kes pada tahun 2021 iaitu penurunan sebanyak 70.8 peratus. Malaysia bertekad untuk meneruskan trajektori ini dengan meningkatkan kesediaan menangani Denggi demi mencapai sasaran Sustainable evelopment Goal (SDG) untuk mengakhiri epidemik ini menjelang 2030.

NTD adalah penyakit yang merangkumi20 jenis penyakit seperti Denggi, Chikungunya, Chagas Disease, Burli Ulcer dan lain-lain yang mampu melemahkan, menjejaskan fizikal serta boleh menyebabkan kematian. Malaysia komited dalam usahakomuniti global untuk menamatkan NTD dan membebaskan generasi akan datang dari penyakit kemiskinan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Crown Fund, Uniting to Combat NTDs, DNDi dan lebih 300 pemimpin kerajaan, kesihatan, komuniti dan perniagaan, menggunakan kesempatan ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran termasuklah ceramah daripada pakar kesihatan serta penyampaian maklumat berkenaan NTD kepada masyarakat dalam usaha menghapuskan NTD secara menyeluruh.

Malaysia menyokong penuh sambutan ini dan 100 peratus komited untuk mengakhiri NTD. Dengan pelbagai usaha bagi menangani serta mengekang penularan penyakit NTD secara komprehensif, sistem kesihatan negara dapat diperkukuhkan dan akses yang setara boleh diberikan kepada seluruh keluarga Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan  yang berkualiti di Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...