Home AM Program membantu usahawan-usahawan terjejas akibat pandemic Covid-19 dan banjir – Noh Omar
AMEkonomi

Program membantu usahawan-usahawan terjejas akibat pandemic Covid-19 dan banjir – Noh Omar

KUALA LUMPUR 31 januari 2020 – Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) telah menganjurkan Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Turut dilancarkan ialah Aplikasi dan Website HUN 2022 (www.hariusahawan-negara.com.my).

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar. DPUKM dikendalikan seratus peratus bumiputera dengan kerjasama dari kementerian-kementerian, agensi kerajaan, koperasi dan swasta. Matlamatnya adalah untuk memartabatkan usahawan di negara ini terutama golongan bumiputera dengan mewujudkan kesedaran agar menarik minat lebih ramai orang untuk menceburi bidang keusahawanan.

Dalam program tersebut melibatkan lebih 2000 lot pameran di mana ia terbuka untuk pengusaha tempatan dan juga antarabangsa. Noh Omar berkata, “bagi pihak kementerian kita amat mengalu-alukan dan bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana persatuan untuk kita nak menjayakan harapan kerajaan untuk kita nak melahirkan usahawan- usahawan bukan dari peringkat tempatan tapi juga peringkat antarabangsa.”

Kementerian akan bekerjasama dengan semua persatuan-persatuan dan termasuk dengan Dewan Perniagaan Kecil Malaysia. Kerjasama ini adalah untuk memberi bantuan serta mendapatkan jumlah  usahawaan yang terjejas akibat banjir. Dalam sidang medianya, Noh berharap apa jua bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan akan sampai kepada usahawan. Beliau berharap Angkasa dapat memainkan peranan sebagai badan peneraju untuk membantu usahawan-usahawan ini.

Dalam pada itu Presiden DPUKM Dato’ Sri Abu Hasan Mohd Nor telah memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Bencana Negara (NADMA) untuk memohon kelonggaran kerana COVID-19 telah menyebabkan ramai penjaja terjejas akibat sekatan-sekatan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Oleh itu dalam program ini ia dapat membantu usahawan-usahawan yang terjejas untuk bangkit semula. Mengenai aplikasi yang dilancarkan, ia memudahkan usahawan-usahawan mengunjung ke program berkenaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMHari MalaysiaHighlightsMerdekaMY LNA

Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tonton secara langsung Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia...