KUALA LUMPUR, 30 Januari 2022 – Setiap tahun tarikh 30 Januari merupakan Hari Kusta Sedunia untuk diperingati oleh rakyat di seluruh dunia. Bersama Mencegah Diskriminasi, itulah kempen yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mencegah diskriminasi terhadap pesakit Kusta dan ahli keluarga mereka. Bukan dikenali sebagai penyakit keturunan atau satu sumpahan, tetapi ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh sembuh melalui pemberian rawatan Multidrug Therapy.
Kusta adalah penyakit menular kronis yang disebabkan oleh bakteri Mycobacterium leprae. Penyakit ini terutama mempengaruhi kulit, saraf perifer, mukosa saluran pernapasan bahagian atas, dan mata. Penyakit Kusta tidak mudah dijangkiti; tetapi jika dijangkiti dan lewat dikesan serta tidak diberi rawatan, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit. Ia adalah penyakit kuno yang direkodkan seawal 1500 tahun sebelum masehi.
Dilaporkan sekitar 0.02 – 0.05 kes bagi setiap 100,000 penduduk bersamaan 4% – 8% kes baru dilaporkan setiap tahun. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berusaha untuk mengenalpasti tahap keseriusan dan factor diskriminasi melalui kajian sistematik dan pemantauan yang berkesan. Anggota kesihatan perlu menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada orang awam mengenai penyakit Kusta. Pastikan kita memberi rawatan yang sempurna kepada setiap pesakit yang ada. Berikanlah mereka hak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang mesra pelanggan dan mudah capai.
Dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, “beliau menyeru tingkatkan usaha bagi mencegah diskriminasi terhadap pesakit Kusta. Setiap pesakit perlu bebas dari cemuhan atau pengusiran akibat dari penyakit atau kecacatan fizikal yang terzahir. Jika mereka mengasingkan diri, sama-sama kita mendekati mereka dengan kata-kata semangat, dorongan dan bantuan.”
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment