AM

SOP umrah di bawa ke Mesyuarat Kuartet untuk kelulusan – Nancy

166

PUTRAJAYA 30 Januari 2022 – Keputusan sama ada untuk membenarkan perjalanan umrah bagi Jemaah dari Malaysia akan ditentukan pada mesyuarat kuartet untuk kelulusan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah menyiapkan SOP tetapi ia masih diperhalusi terutama berhubung beberapa isu seperti kuarantin serta perlindungan insurans di tanah air membabitkan jemaah.

Sebelum ini Kabinet telah bersetuju membenarkan aktiviti perjalanan umrah yang akan bermula 8 Februari. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Hajah Nancy dalam kenyataannya, apa jua keputusan tidak dibuat bersendirian dan adalah menjadi amalan Kerajaan Keluarga Malaysia untuk sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

SOP perjalanan umrah telah pun diperhalusi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan dibawa ke mesyuarat Kuartet untuk kelulusan. SOP tersebut adalah merupakan panduan untuk mengekang penularan Covid-19 ketika menjalankan aktiviti umrah.  Ia memastikan Jemaah lengkap vaksinasi dan mewajibkan dos penggalak demi keselamatan dan kesejahteraan Jemaah. Setiap Jemaah juga perlu dilindungi insurans termasuk keperluan rawatan, , isolasi dan kuarantin bagi jangkitan COVID-19 semasa di Arab Saudi dan semasa pulang ke Malaysia. Dalam pada itu juga pengendali umrah  perlu bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Jemaah tatacara, liabiliti dan arahan sepanjang perjalanan umrah mereka.

Nancy berkata, sebanyak 8 sesi libat urus telah diadakan sejak Disember 2021 bagi tujuan ini dengan melibatkan syarikat pengendali umrah seperti Persatuan Syarikat PengendalianPelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH), The Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA).

Proses memuktamadkan SOP baharu telah mengambil kira kepentingan semua pihak secara holistik termasuklah mengimbangi aktiviti umrah dengan pelaksanaan prosedur protokol kesihatan dan keselamatan yang lebih rapi demi memelihara kebajikan Keluarga Malaysia yang berada di Tanah Suci dan juga ketika jemaah pulang ke tanah air.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...