26 Januari 2022 – Video ‘Dream Malaysia’ merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia dan GoPro. Ia adalah salah satu usaha menggiatkan semula industri pelancongan bagi mempromosikan keindahan kehidupan dan destinasi-destinasi di Malaysia.
Menurut MOTAC dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, ‘Dream Malaysia’ merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan-tarikan ekopelancongan dan pelancongan desa selain memberi inspirasi kepada Keluarga Malaysia untuk melancong ke lokasi-lokasi unik yang masih belum diterokai serta mencipta kenangan baharu dengan menggunakan kecanggihan kamera GoPro.
“Kempen ini bermula pada Mac 2021 dengan penganjuran pertandingan video ‘Dream Malaysia Challenge’ antara 13 hingga 28 Mac di mana orang ramai berpeluang memenangi alatan elektronik GoPro terkini serta pakej percutian berasaskan alam semula jadi yang menarik di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Bukit Tadom.
Pertandingan ini telah berjaya meraih sebanyak 133 penyertaan. Dengan pemansuhan sekatan perjalanan dan kadar vaksinasi yang tinggi, rakyat Malaysia kini boleh merealisasikan impian mereka untuk melancong di dalam negara.” kata MOTAC.
Kata MOTAC, pasukan GoPro serta penyedia kandungan (content creators) di bawah pengendalian Tourism Malaysia telah mengembara ke beberapa negeri untuk menerokai destinasi tempatan yang belum diterokai.
“Dengan penemuan keindahan produk-produk pelancongan yang tersembunyi, mereka telah memperoleh pengalaman dan mencipta kenangan yang unik di sekitar Malaysia menggunakan kecanggihan kamera GoPro.
Video-video yang dihasilkan akan dikongsikan melalui platform media sosial GoPro dan Tourism Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram dan Facebook GoPro (@gopromysg) serta laman Instagram Tourism Malaysia (@malaysia.truly.asia) dan Facebook (@malaysia.travel.my).” kata MOTAC.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment