KOTA BHARU, 25 Januari 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kerajaan negeri Kelantan hari ini bersetuju untuk mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi projek berkepentingan rakyat. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pengambilan tanah itu membabitkan projek dibawah agensi KPLB, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR.
“Saya bersama Datuk KSU dan juga Pengarah KPLB Negeri Kelantan dan Pengurus Besar KESEDAR membincangkan hal-hal berkaitan dengan kolaborasi kerjasama antara negeri dan Persekutuan yang melibatkan projek-projek khususnya di KESEDAR.
Contohnya ada pengambilan tanah, projek itu adalah projek Persekutuan bawah KPLB, kerajaan negeri buat pengambilan tanah, jadi kita buat kolaborasi Task force.” kata Mahdzir pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.
“Kita pun bersetuju untuk mempercepatkan proses projek seperti jururunding dan sebagainya, di peringkat kementerian diketuai oleh Datuk Ramlan Harun sebagai KSU dan di peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, jadi ini memudahkan urusan.
Kami juga berbincang untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit lama di dalam kawasan KESEDAR, sebab di KESEDAR ada tanah yang diusahakan untuk membangunkan peserta-peserta khususnya dalam tanaman kelapa sawit dan ada lagi kita sedang usahakan untuk kita buat ukuran tanah untuk membolehkan kita serahkan kepada peserta dalam masa jangka panjang.” kata Mahdzir.
Tambah beliau diperingkat KPLB pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini akan diperkemaskan sebagai susulan kepada persetujuan yang dicapai hari ini.
Beliau menetapkan sasaran dalam tempoh lima bulan untuk menggerakkan inisiatif yang dipersetujui tersebut.
- Unveiling TechEdge Dynamics, The Growth Studio for Consistent Business Success
- ALCO HOLDINGS (00328) announce the launch of four strategic mechanisms to foster employee collaboration and enhance team cohesion.
- SIBUR receives highest-category ESG rating from China’s largest rating agency
- GC Ranked No. 1 in DJSI Chemicals Business Sector for Six Consecutive Years, Becoming the First and Only Company Worldwide to Achieve This, Reaffirming Its role as a Global Model For Sustainability
- VT Markets Innovates Trading at the Hong Kong Traders Fair
Leave a comment