21 Januari 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa bahawa penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL ini (darat serta udara) adalah dibuka semula berkuat kuasa serta merta pada 21 Januari 2022.
“Namun begitu, buat masa ini kuota tiket yang dijual bermula 21 Januari 2022 akan dikurangkan daripada kuota sedia ada iaitu pengurangan 50 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan.
Bagaimanapun bagi penumpang yang telah pun membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari 2022 sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini mengikut kuota yang telah ditetapkan sebelum ini.” kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Khairy, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket ini akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan dilakukan dari semasa ke semasa secara berterusan oleh KKM berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.
Pengembara yang menggunakan platform VTL Malaysia-Singapura adalah diingatkan mengenai keperluan untuk melaksanakan:
• Ujian RTK-Ag atau ujian pantas antigen (kendiri) pada hari ke-2, ke-4, dan ke-6 selepas ketibaan;
• Ujian RTK-Ag atau ujian pantas antigen (professional) pada hari ke-3 dan ke-5 selepas ketibaan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment